Umat Islam di seluruh dunia termasuk di Malaysia, sangat menanti kedatangan 1 Syawal 1444 Hijrah pada 22 April 2023 Masihi. Hari itu akan menjadi hari yang sangat dinanti-nantikan karena kita akan merayakan Aidilfitri. Sebuah perayaan yang menandakan kemenangan setelah melaksanakan salah satu dari lima Rukun Islam, iaitu ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadan.
Menjelang Hari Raya Aidilfitri, setiap insan sudah pasti akan menggunakan peluang ini untuk menyampaikan ucapan memohon maaf mahupun ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga, sahabat, dan saaudara-mara.
Di sini, kami akan kongsi beberapa koleksi ucapan Hari Raya Aidilfitri yang boleh anda gunakan untuk mengucapkan selamat hari raya kepada orang yang tersayang.
Senarai Koleksi Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023
Berikut adalah ucapan Hari Raya Aidilfitri 2023 yang boleh anda gunakan untuk dikongsikan kepada orang tersayang melalui sistem aplikasi komunikasi WhatsApp, Facebook, Twitter dan Instagram dan lain-lain.
Ucapan 1
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau senda sudah tentu ada khilaf dan dosa.
Mohon Ampun Zahir Dan Batin – Selamat Hari Raya AidilFitri.
Ucapan 2
Jemari tak dapat bejabat,
Raga tak dapat bertatap,
Sering beduk yang menggema,
Seruan takbir yang berkumandang,
Ku atur salam menyambut Aidilfitri,
Mohon maaf zahir dan batin.
Ucapan 3
Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaafkan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Ucapan 4
Yang Jauh Itu Waktu,
Yang Dekat Itu Mati,
Yang Besar Itu Nafsu,
Yang Berat Itu Amanah,
Yang Mudah Itu Berbuat Dosa,
Yang Panjang Itu Amal Soleh,
Yang Indah Itu Saling Memaafkan,
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Ucapan 5
Dalam kelembutan lidah, ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau senda, sudah tentu ada khilaf dan dosa,
Mohan ampun zahir dan batin.
Ucapan 6
Cahaya Ramadhan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati,
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.
Ucapan 7
Indahnya Langit Kerana Awan,
Indahnya Laut Kerana Kebiruan,
Indahnya Ramadhan kerana Keinsafan,
Indahnya Syawal kerana Kemaafan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
Ucapan 8
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Ucapan 9
Raya pertama cantik berseri,
Berbaju kurung bagai puteri;
Duit Raya jangan lupa diberi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Ucapan 10
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan.
Inilah beberapa koleksi ucapan Hari Raya Aidilfitri yang anda boleh gunakan untuk mengucapkan selamat hari raya kepada orang tersayang.
Semoga dengan setiap ucapan ini dapat membawa kebahagiaan dan keberkatan kepada anda dan keluarga di Hari Raya Aidilfitri. Selamat Hari Raya Aidilfitri.