Koleksi Ucapan Bulan Ramadhan

Ramadhan adalah bulan suci yang sangat dinanti oleh seluruh umat muslim di seluruh dunia. Tidak hairan jika banyak tindakan yang dilakukan oleh umat muslim untuk menyambut bulan yang mulia ini.

Salah satunya adalah setiap orang pasti akan berusaha untuk mencari ucapan selamat menjalankan ibadah puasa serta mengucapkan permintaan maaf untuk dikirimkan kepada orang terdekat seperti kawan-kawan dan juga keluarga.

Contoh Ucapan Ramadhan

Berikut adalah contoh ucapan menyambut bulan suci Ramadhan yang dapat anda gunakan dan sampaikan kepada keluarga dekat maupun kawan-kawan anda.

Ucapan 1

Selamat menunaikan ibadah puasa. Mari kita manfaatkan sebaik-baiknya bulan yang penuh berkat ini. Agar kelak kita menjadi orang yang benar-benar mendapat kemenangan.

Ucapan 2

Marhaban ya Ramadhan, Pucuk selasih bertunas menjulang, Dahannya patah tolong betulkan, Puasa Ramadhan kembali menjelang, Salah dan khilaf mohon dimaafkan, Selamat Menunaikan Ibadah puasa bagi tahun 2023 (1444 Hijrah)

Ucapan 3

Selembut embun di pagi hari. Tengadah tangan sepuluh jari. Ucapan salam setulus hati. Selamat menunaikan ibadah puasa.

Ucapan 4

Indah malam kerana bintang. Indah taman kerana bunga. Indah cinta kerana kasih sayang. Indah hidup kerana silaturahim. Oleh itu mari indahkan bulan Ramadhan dengan ibadah.

Ucapan 5

Di awali dengan Bismillah, menyambut bulan penuh berkah. Mari tingkatkan keimanan dan takwa. Semoga diampunkan segala dosa. Marhaban ya Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa.

Ucapan 6

Baik yang besar ataupun kecil. Yang nampak ataupun tidak nampak. Dan kalau ada tersalah cakap atau menyakitkan hati. Harap dimaafkan. Selamat menyambut Bulan Ramadhan.

Ucapan 7

Setitik tinta jadi noda. Setitik salah jadi dosa. Bulan penuh berkat segera tiba. Mari tekun ibadah di bulan puasa. Marhaban ya Ramadhan. Sambutlah dengan senyuman.

Ucapan 8

Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa. Hidup ini terasa indah jika ada maaf. Mohon maaf zahir dan batin. Marhaban ya Ramadan. Selamat menunaikan ibadah puasa.

Ucapan 9

Kalau siang ada matahari. Kalau malam ada bintang dan bulan. Mari kita mensucikan hati. Untuk menyambut Bulan Suci Ramadhan.

Ucapan 10

Bulan Ramadhan sudah di depan mata. Tak lama lagi kita akan berjumpa. Siapkan hati untuk mendekatkan diri pada-Nya. Marhaban ya Ramadhan. Mohon maaf lahir dan batin. Selamat menunaikan ibadah puasa.

Semoga perkongsian ucapan Ramadhan ini dapat membantu anda untuk dikongsikan kepada sahabat, keluarga, dan saudara mara.

Leave a Comment