Jika anda merupakan seorang pelajar universiti atau terlibat dalam sebuah organisasi, mesti anda pernah dengar tentang kertas kerja program. Tetapi, mungkin ada yang belum tahu apa itu kertas kerja dan bagaimana cara untuk menulisnya. Oleh itu, dalam artikel ini kami akan kongsikan cara untuk membuat kertas kerja supaya anda dapat mengetahui lebih lagi berkenaan dokumen ini dan cara menulisnya.
Apa Itu Kertas Kerja ?
Dalam menjalankan sesuatu projek atau program, kertas kerja adalah dokumen rasmi yang dihasilkan untuk menyatakan cadangan. Dokumen ini memberikan rangkaian langkah-langkah yang perlu diambil dan merangkumi maklumat penting mengenai pelaksanaan projek atau program tersebut.
Kertas kerja juga adalah dokumen yang sangat penting untuk memulakan sesuatu projek atau program. Menulis kertas kerja dengan baik akan mempermudah anda dalam mendapatkan kelulusan untuk memulai projek tersebut. Sebaliknya, jika dokumen ini tidak diterima oleh pihak yang berkaitan, kemungkinan untuk cadangan yang telah diajukan akan sangat rendah untuk diterima.
Hal ini kerana, kemampuan kertas kerja yang baik dapat memberikan bukti mengapa projek atau program perlu dilaksanakan sehingga kemudian meningkatkan keyakinan pihak atasan dalam memberikan kelulusan sama ada dalam hal peruntukan kewangan atau pelaksanaan projek dan sebagainya.
Butiran Penting Dalam Kertas Kerja
Dalam kertas kerja program, anda perlu menyertakan butiran-butiran penting seperti yang berikut untuk memberikan gambaran yang jelas dan terperinci.
- Pendahuluan
- Matlamat / objektif
- Tarikh
- Masa dan aturcara program
- Nama AJK yang terlibat sebagai pelaksana
- Tempat
- Bajet kewangan
- … dan butiran-butiran lain yang dianggap perlu akan dimasukkan dalam kertas kerja ini dengan tujuan memastikan bahawa idea atau cadangan yang dinyatakan kertas kerja tersebut mudah difahami dan dipertimbangkan.
Contoh Program / Projek
Antara program-program yang memerlukan penyediaan kertas kerja adalah seperti berikut:
1. Program melibatkan pelajar
- Lawatan sambil belajar
- Sukaneka
- Acara sukan tahunan
- Program merentas desa
- Perkhemahan
- Seminar dan kem motivasi
- Majlis anugerah
- Program pertukaran pelajar
- Program keceriaan kelas
- … dan lain-lain
2. Program masyarakat
- Festival
- Majlis Perayaan
- Kempen kesedaran dan kesihatan
- … dan lain-lain
Muat turun contoh kertas kerja program.