KWSP kini memberikan Golongan Bekerja Sendiri Dividen Tahunan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah badan yang bertanggungjawab mengurus dana caruman dari para pekerja.

Namun, KWSP telah memperkenalkan satu program terbaru yang membolehkan golongan bekerja sendiri akan mendapat:

  • dividen tahunan.
  • Bantuan kematian
  • Pelepasan cukai
  • insentif kerajaan.

Program ini diberi nama sebagai i-Saraan.

i-Saraan membolehkan ahli yang kerja sendiri dan tidak ada pendapatan tetap untuk membuat caruman sendiri bagi tujuan persaraan dan dalam masa yang sama akan mendapat caruman tambahan daripada kerajaan.

Insentif Percuma dari Kerajaan

Kerajaan akan memberikan sebanyak maksimum RM250 setahun kepada ahli yang berada di bawah i-Saraan ini.

Siapa yang boleh mohon

Rakyat Malaysia yang bekerja sendiri dan berumur 60 tahun ke bawah layak mendapatkan dan mendaftar.

kwsp isaraan

Cara Mendaftar i-Saraan

Pendaftaran boleh dilakukan hanya secara online dengan melayari https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/?lang=ms

Ataupun boleh terus hadir ke pejabat KWSP berhampiran anda dengan membawa bersama MyKad.

Faedah i-Saraan

i saraan faedah

ikuti channel telegram kami di t.me/portalsemakandotcom untuk info terkini mengenai bantuan yang ada di Malaysia.

Leave a Comment