Kemasukan Program Kolej Matrikulasi . Bagi lepasan SPM yang berminat dan ingin membuat permohonan ke mana-mana Kolej Matrikulasi Malaysia, anda boleh rujuk mengenai permohonan tersebut melalui perkongian di bawah ini.
Untuk makluman semua pelajar lepasan yang berminat, permohonan kemasukan sesi 2022 / 2023 akan dibuka bermula pada 15 Mac dan akan ditutup pada 15 April 2022.
Tarikh Permohonan & Tarikh Buka Permohonan Semula
Berikut adalah permohonan ke masukan ke Program Matrikulasi KPM bagi pelajar lepasan SPM 2021:
- Tarikh Buka : 15 Mac 2022
- Tarikh Tutup : 15 April 2022
Bagi mereka yang tidak berjaya pula anda boleh membuat permohonan semula pada tarikh yang ditetapkan iaitu pada :
- Tarikh Buka Permohonan Semula : Jun 2022
- Tarikh Tutup Permohonan Semula : Jun 2022
Kelayakan Pemohon
Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam jurusan Perakaunan Professional, Perakaunan, dan Sains, pelajar-pelajar lepasan sekolah berikut layak untuk memohon :
- Sekolah Kerajaan
- Sekolah Swasta
- Sekolah Bantuan Kerajaan
- Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
Cara Mohon Kemasukan Program Kolej Matrikulasi Sesi 2022/2023
Bagi mereka yang berminat, anda bolej membuat permohonan melalui laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di = http://matrikulasi.moe.gov.my/
Permohona adalah percuma dan tiada pembelian pin bagi sebarang permohonan.
Tarikh-tarikh Penting
Antar tarikh-tarikh penting semasa permohonan dilakukan adalah :
- Kemaskini Permohonan / baharu ( Jun 2022 )
- Semakan keputusan Tawaran / Setuju Terima ( Julai 2022 )
- Rayuan Pertukaran Jurusan / Kolej ( Julai 2022 )
- Keputusan ( Julai 2022 )
- Semakan tawaran fasa 2 ( Ogos 2022 )
Syarat Permohonan Kemasukan Program Kolej Matrikulasi Sesi 2022/2023
Sebelum anda membuat permohonan, pastikan anda memenuhi dahulu kriteria syarat bagi permohonan.
Di bawah merupakan syarat-syarat minimum SPM bagi setiap tawaran jurusan yang ditawarkan.
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak melebihi 20 tahun semasa memohon.
- Calon SPM tahun semasa.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan, boleh hubungi KPM 03-8884-4083 / 03-8884-4036.
Soalan Lazim
Bilakah tarikh tutup permohonan ?
15 April 2022.
Bilakah tarikh buka permohonan semula ?
Tarikh buka permohonan semula pada bulan Jun 2022.