Kemaskini STR Fasa 2

Menurut kenyataan media terkini oleh Kementerian Kewangan Malaysia, tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah akan dibuka mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023.

Tujuannya adalah untuk memastikan individu yang layak tetapi belum terdaftar dalam pangkalan data Kerajaan dapat membuat permohonan dan membolehkan penerima sedia ada untuk mengemaskini maklumat mereka jika terdapat sebarang perubahan.

Untuk mengurangkan jumlah individu yang tercicir, data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data Kerajaan, bersama dengan data beberapa agensi Kerajaan yang akan disemak silang bagi memastikan kelayakan penerima untuk menerima STR mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Kategori Penerima STR 2023

Berikut adalah senarai kategori penerima STR.

Cara Semakan Dan Kemaskini STR

Untuk membuat semakan status dan kemaskini STR Fasa 2 boleh dibuat menerusi laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Berikut adalah cara kemaskini STR:

  1. Pergi ke pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Log masuk MySTR
  3. Tekan butang Kemas Kini Permohonan
  4. Isi & kemaskini maklumat peribadi anda
  5. Tekan Teruskan
  6. Sahkan CAPTCHA
  7. Sila Tick pada Perakuan Pemohon
  8. Tekan Hantar

Tarikh Pembayaran STR Fasa 2

Pembayaran Bantuan Tunai Fasa 1 telah bermula pada 17 Januari 2023. Bagi fasa seterusnya, kerajaan telah melakukan beberapa pembaharuan dalam Bajet 2023 dengan memberikan bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar, sumbangan bakul makanan, dan baucar barangan makanan asas.

Tarikh pembayaran dijangkakan akan diberikan selewat-lewatnya sebelum pertengahan tahun ini. Menurut Portal Belanjawan, tarikh rasmi pembayaran untuk STR Fasa 2 adalah pada bulan April 2023. Segala maklumat terbaru berkenaan STR akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.

Jumlah Pembayaran Fasa 2 STR

Portal Belanjawan 2023 telah mengemaskini jumlah bayaran untuk Fasa 2, yang tertera seperti di bawah ini.

Kategori Isi Rumah

  • Pendapatan Bulanan RM2500 dan ke bawah: RM200
  • Pendapatan bulanan RM2500 – RM5000 : RM200

Kategori Warga Emas Sebatang Kara 60 tahun ke atas

  • Pendapatan bulanan RM5000 dan ke bawah: RM100

Bujang 21-59 Tahun

  • Pendapatan RM2500 dan ke bawah: RM100

Bujang OKU berumur 19-59 tahun

  • Pendapatan bulanan RM2500 dan ke bawah : RM100

Maklumat Lanjut Semakan Status STR

Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran STR Fasa 1, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment