Kemaskini i-Sinar: Tukar Amaun Pengeluaran, Nombor akaun bank

i-Sinar banyak memberi manfaat kepada pencarum yang berada di bawahnya. Ianya mula diperkenalkan pada tahun lepas.

Jika anda masih belum membuat permohonan i-Sinar, layari PERMOHONAN I-SINAR KATEGORI 2: SYARAT,SENARAI DOKUMEN & KRITERIA

Disebabkan para pemohon isinar baru berhadapan dengan sistem ini, adakala terdapat beberapa pemohon tersilap membuat pengisan borang permohonan. Terutamanya pada bahagian amaun pengeluaran.

Selain daripada itu, kesilapan meletak nombor akaun bank juga kerap terjadi.

Jika anda mengalami kesilapan seperti berikut, jangan risau kerana anda masih boleh membuat pindaan secara online.

Kami kongsikan secara ringkas bagaiman cara untuk membuat perubahan pada permohonan anda.

Tidak lama lagi BPR akan tutup permohonan, anda kini boleh semak status BPR di SEMAKAN BPR 2021: KEMASKINI DAN DAFTAR ONLINE.

Cara Tukar Amaun Pengeluaran atau Tukar nombor akaun

Caranya adalah:

  1. klik https://isinar.kwsp.gov.my/check-status
  2. Masukkan butiran anda, nombor kad pengenalan dan nombor telefon kemudian klik semak.
  3. Langkah 2, dan pilih kemaskini permohonan.
  4. Dan anda boleh menukar nilai/ jumlah permohonan, alamat surat menyurat, dan nombor akaun bank.

Jika terdapat sebarang kesulitan, bolehlah hubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.

Leave a Comment