Apa Itu Tol ?
Tol merujuk pada bayaran yang dikenakan untuk kenderaan yang melalui jalan raya. Bayaran tersebut digunakan untuk membiayai pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur tersebut. Jumlah bayaran tol yang dikutip bergantung pada jumlah kenderaan yang melalui jalan tersebut dan kebiasaannya memberikan pulangan yang tinggi. Pondok tol atau plaza tol adalah tempat di mana bayaran tol dikutip. Selain jalan raya, tol juga mungkin dikenakan untuk melalui jambatan dan terowong.
Kadar Tol Lebuhraya di Malaysia
Seperti yang kita semua ketahui, penggunaan lebuhraya di Malaysia memerlukan pembayaran tol. Khususnya jika kita melakukan perjalanan jauh, kita perlu mempertimbangkan kadar tol yang perlu dibayar terutama sekali jika kita menggunakan lebuhraya yang jarang dilalui.
Terdapat beberapa lebuhraya yang popular di Malaysia termasuk Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), juga dikenali sebagai PLUS, Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE), dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Biasanya lebuh raya ini sangat sibuk terutama semasa musim perayaan.
Bagi pengguna lebuhraya di Malaysia, tentunya anda ingin mengetahui kadar tol yang dikenakan agar anda dapat merancang perbelanjaan dan perjalanan dengan lebih baik. Oleh sebab itu, anda mungkin tertanya-tanya mengenai cara untuk memeriksa kadar tol semasa di seluruh lebuhraya. Di sini, kami akan kongsikan serba sedikit cara untuk memeriksa kadar tol di seluruh lebuhraya di Malaysia agar dapat membantu anda.
Kadar Tol Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) merupakan projek lebuh raya pertama di Malaysia yang menghubungkan bahagian utara dan selatan Semenanjung Malaysia.
Beberapa bandar utama di bahagian barat Semenanjung Malaysia seperti Alor Star, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Johor Bahru dan lain-lain dihubungkan oleh Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), yang menjadikannya lebuh raya terpanjang di Malaysia dengan panjang keseluruhan 847.7 kilometer.
Untuk memeriksa kadar tol di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), anda boleh merujuk laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang boleh diakses di sini https://www.llm.gov.my/. Anda perlu memilih plaza tol masuk dan plaza tol keluar yang diinginkan dan kemudian tekan butang ‘Cari’ untuk mendapatkan kadar tol yang perlu dibayar.
Anda juga boleh membuat semakan melalui TOLL Fare Calculator di laman web rasmi PLUS melalui pautan berikut https://www.plus.com.my/