Seringkali kita menghadapi situasi di mana kita ingin mengetahui siapa pemilik sebuah kereta. Sebagai contoh, dalam sebuah kemalangan di mana seseorang melarikan diri dari tempat kejadian tentunya anda akan merasa tidak puas. Dalam situasi tersebut, terkadang satu-satunya informasi yang kita ada hanyalah nombor plat kenderaan tersebut.
Sekarang, anda dapat menyemak pemilik kenderaan tersebut hanya dengan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan. Anda boleh membuat semakan dengan menggunakan laman web MYEG dan MyCarInfo.
Jika anda ingin mengetahui cara untuk memeriksa pemilik sebuah kereta menggunakan MYEG dan MyCarInfo, di sini kami akan kongsikan cara-caranya.
Cara Semak Pemilik Kenderaan Secara Online
Untuk dapat menyemak maklumat pemilik kereta, syarat utama yang perlu anda tahu adalah mengetahui nombor plat (nombor pendaftaran) kereta yang ingin disemak.
1. Semakan Melalui MYEG
- Buka laman web MYEG di https://www.myeg.com.my/
- Log masuk dengan menggunakan Username dan Password. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun MYEG, sila daftar terlebih dahulu.
- Selepas log masuk, klik pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) di halaman utama
- Kemudian klik pada column Search Summons > Enquiry/Semak Pemilik Kenderaan Secara Online
- Seterusnya, isi ruangan yang diperlukan :
- Vehicle Plate Type – Jenis no plat kenderaan, pilih sama ada kenderaan Malaysia/Non Malaysia
- Vehicle No – Masukkan nombor plat kendaraan yang ingin disemak
- Setelah itu, anda perlu memasukkan kod sekuriti yang dipaparkan dan klik pada Check Summons
- Maklumat seperti Nama Penuh dan Nombor Kad Pengenalan pemilik akan dipaparkan.
- Selesai
2. Semakan Melalui MyCarInfo
Di bawah adalah langkah-langkah untuk menyemak pemilik kereta melalui MyCarInfo:
- Sila layari laman web MyCarInfo di https://www.mycarinfo.com.my/
- Log masuk dengan menggunakan Username dan Password. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun MYEG, sila daftar terlebih dahulu.
- Seterusnya, di halaman utama sila klik pada butang “Services” dan pilih “i-Search”
- Kemudian, pada paparan skrin dibahagian bawah anda akan melihat Jenis Pelan yang perlu dipilih
- Klik pada pelan Comprehensive
- Anda akan dibawa ke pelan pembayaran dan klik pada Select 1 Credit (RM6) dan buat pembayaran melalui FPX
- Kemudian, sila lengkapkan butiran seperti berikut:
- Vehicle Reg. No. – masukkan no pendaftaran kenderaan yang ingin disemak
- Name – masukkan nama anda
- Email – masukkan alamat email yang sah
- Confirm Email – sahkan email
- Seterusnya, klik pada terms & Conditions dan klik Enquire
- Maklumat lengkap kenderaan yang anda masukkan melalui nombor pendaftaran akan dihantar ke alamat email anda