Untuk makluman, umat Islam di Malaysia akan memulakan ibadah puasa pada 1 Ramadhan 1444H yang bersamaan dengan hari Khamis, 23 Mac 2023. Oleh itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Kedah telah mengeluarkan jadual waktu berbuka dan imsak yang akan digunakan sebagai panduan bagi warga Kedah dalam merancang waktu yang sesuai untuk sahur dan juga berbuka puasa.
Waktu Bulan Ramadhan ini adalah peluang untuk kita dalam memperbaiki ibadah dan memperbanyakkan sedekah kepada golongan yang memerlukannya. Sangat disayangkan bagi mereka yang tidak menghargai kesempatan ini dan melewatkannya. Bulan Ramadhan ini merupakan ibadat yang mempunyai seribu satu macam rahsia dan hikmah. Begitu juga ia membawa kepada banyak pahala dan keuntungan bagi mereka yang berpuasa serta melakukan ketaatan pada bulan Ramadhan.
Dalam bulan Ramadhanjuga selain menunaikan ibadah puasa di siang hari, kita juga boleh menghidupkan malam-malam Ramadan dengan melakukan ibadah seperti qiyamullail, beriktikaf, bertadarus Al-Quran dan banyak lagi.
Jadual Waktu Buka Puasa Dan Imsak 2023 Negeri Kedah
Berikut dikongsikan jadual waktu berbuka puasa dan imsak di kedah yang melibatkan seluruh kawasan dan zon di Negeri Kedah pada tahun 2023 yang dibahagikan kepada 7 zon. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan warga Kedah untuk membuat rujukan.
Zon 1
Meliputi kawasan Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena
Zon 2
Kawasan Pendang, Kuala Muda dan Yan
Zon 3
Bahagian Padang Terap dan Sik
Zon 4
Jadual waktu bagi penduduk sekitar daerah Baling adalah seperti di bawah.
Zon 5
Meliputi bahagian kulim dan Bandar Baharu
Zon 6
Jadual waktu bagi penduduk sekitar daerah Pulau Langkawi, Kedah adalah seperti di bawah.
Zon 7
Jadual waktu bagi penduduk sekitar daerah Puncak Gunung jerai adalah seperti di bawah.
Untuk maklumat yang lebih lengkap berkaitan Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kedah 2023 bulan Ramadan tahun 1444H boleh rujuk di portal rasmiĀ https://www.islam.gov.my/. Semoga dapat membantu anda.