Bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Waktu Bulan Ramadhan ini adalah peluang yang kita perlu manfaatkan dengan memperbaiki ibadah dan memperbanyakkan sedekah kepada golongan yang memerlukannya. Sangat disayangkan bagi mereka yang tidak menghargai kesempatan ini dan melewatkannya. Bulan Ramadhan ini merupakan ibadat yang mempunyai seribu satu macam rahsia dan hikmah. Begitu juga ia membawa kepada banyak pahala dan keuntungan bagi mereka yang berpuasa serta melakukan ketaatan pada bulan Ramadhan.
Dalam bulan Ramadhan selain menunaikan ibadah puasa di siang hari, kita juga boleh menghidupkan malam-malam Ramadan dengan melakukan ibadah seperti qiyamullail, beriktikaf, bertadarus Al-Quran dan banyak lagi.
Waktu Imsak & Berbuka Puasa Johor 2023
Berikut adalah jadual dan takwim berbuka puasa Ramadhan pada tahun 2023 (Masihi) bersamaan 1444 (Hijrah) bagi kawasan dan zon-zon di seluruh negeri Johor. Semoga lampiran jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa yang kami kongsikan ini dapat membantu dan memudahkan umat Islam di negeri Johor untuk menyemak waktu berbuka dan imsak.
Zon 1
Bahagian Pulau Aur Dan Pulau Pemanggil
Zon 2
Daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Mersing dan pulau-pulau yang berdekatan dengannya.
Zon 3
Daerah Pontian dan Kluang
Zon 4
Daerah Batu Pahat, Muar, Segamat, Tangkak, Gemas Johor
Untuk maklumat yang lebih lengkap berkaitan Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2023 bulan Ramadan tahun 1444H boleh dirujuk di portal rasmi https://www.islam.gov.my/
Aktiviti Sepanjang Bulan Ramadhan
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan sepanjang Bulan Ramadhan adalah seperti berikut :
- Solat sunat
- Memperbanyakkan solat-solat sunat dan qiamullail
- Solat Terawih
- Memakmurkan masjid dan solat berjemaah
- Bersedekah
- Memberi makan untuk orang berbuka
- Baca Al-Quran
- Perbanyakkan membaca Al-Quran, bertadarus
- Amalan Sunat
- Melazimi dan memperbanyakkan bertasbih, beristigfar, dan amalan sunat yang lain lagi.
Selamat menjalankan ibadah puasa tahun ini dengan jayanya. Semoga perkongsian mengenai jadual dan takwim ini dapat membantu anda dalam menunaikan ibadah bulan puasa. Semoga bermanfaat untuk semua.