Permohonan i-Sinar kini dibuka kepada semua pencarum KWSP yang memerlukan.
Ianya membolehkan ahli KWSP mengeluarkan simpanan di dalam akaun 1 mereka.
Terdapat dua kategori ahli yang boleh memohon pengeluaran ini, mereka adalah;
NOTIS: kategori dan syarat seperti di bawah ini telah dimansuhkan. Tiada lagi syarat dikenakan,dan dokumen diperlukan, semua permohonan lulus secara automatik
- Kategori 1: Ahli yang tidak mencarum sekurang-kurangnya 2 bulan berturut-turut semasa permohonan dibuat, ataupun mereka yang mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% ke atas sejak tarikh 1 Mac 2020.
- Kategori 2: Ahli KWSP yang masih berkerja dan pencarum. Mereka mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
Antara perkara yang dibincangkan pasca pembentangan Bajet 2021 adalah pengeluaran KWSP daripada akaun 1.
Kerajaan telah mengumumkan medium pengeluaran akaun 1 kwsp adalah melalui sistem online yang dipanggil i-Sinar.
Artikel lain: Jika belum membuat permohonan Bantuan Prihatin Rakyat, layari BPR 2021
Permohonan dan Semakan i-Sinar KWSP
Permohonan i sinar boleh dilakukan secara online dengan melayari pautan ini https://isinar.kwsp.gov.my/ atau https://isinar.kwsp.gov.my/submit-request
Semakan Status i Sinar Secara Online
Keputusan permohonan boleh disemak dengan klik pautan ini.
Jenis Dokumen Untuk Kategori 2
Permohonan kategori 2 memerlukan dokumen sebagai sokongan untuk membolehkan permohonan diterima. Antara senarai dokumen yang boleh dijadikan sokongan yang diterima KWSP adalah;
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan gaji 30%
- Penyata dari bank menunjukkan pengurangan pendapatan.
- Surat pengesahan majikan,
- Notis pemberhentian
- Pemotongan elaun atau/dan kerja lebih masa.
Syarat dan Kriteria Permohonan i-Sinar
Kriteria kelayakan adalah seperti jadual di bawah ini:
KATEGORI | KRITERIA |
KATEGORI 1 – berkerja di sektor formal,kerja sendiri, kerja sektor ekonomi gig,telah lama tidak mencarum,hilang pekerjaan, suri rumah, atau yang diberi notis cuti tanpa gaji | 1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya 2 bulan berturut-turut; ATAU 2. Ahli yang masih kerja, tetapi gaji pokok dikurangkan sehingga 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020 Bagi permohonan kategori ini; 1. Tiada dokumen sokongan yang diperlukan. 2. Kelulusan secara automatik. 3. Hanya perlu mohon online bermula 21 Disember 2020. (isinar.kwsp.gov.my) 4. Pembayaran pertama akan diterima pada pertengahan Januari 2021. |
KATEGORI 2 – Masih berkerja tapi pendapatan berkurang sebanyak 30% dan ke atas (pengurangan gaji dan elaun,atau potongan tuntutan kerja lebih masa) selepas tarikh 1 Mac 2020. | 1. Bukti slip gaji sebelum dan selepas pengurangan diperlukan. 2. Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau overtime (OT). 3. Jika tiada dokumen ini, dokumen lain boleh dikemukakan sebagai contoh penyata Bank ataupun surat pengesahan majikan. 4. Permohonan dibuka bermula 11 Januari 2021. |
Ketika perbahasan Bajet 2021, pengeluaran sehingga RM60,000 dibenarkan kepada ahli yang layak mengikut syarat yang telah ditentukan.
i-Sinar akan membenarkan pengeluaran mengikut situasi berikut:
Jenis pencarum | Kemudahan pengeluaran |
Mempunyai kurang dari RM100,000 dalam akaun 1 | – Mengeluarkan lumpsum sebanyak RM5000. – Baki RM5000 pula akan dibayar secara ansuran selama 6 bulan. |
Mempunyai lebih dari RM100,000 dalam akaun 1 | – Mengeluarkan lumpsum sebanyak RM10,000 – Bakinya boleh dikeluarkan sebanyak 10% daripada baki di dalam akaun 1. – Ianya akan dibayar ansuran selama 6 bulan. – terhad kepada RM60,000 |
Mungkin terdapat kekeliruan pada ayat yang tertera di bawah. Boleh rujuk jadual yang dikeluarkan oleh laman web rasmi KWSP seperti di bawah ini.
Jom join channel telegram untuk info mengenai i-Sinar KWSP.
Soalan Lazim Berkenaan i Sinar
Berapa jumlah pengeluaran daripada i-Sinar KWSP?
Sehingga RM60,000 (mengikut kategori dan syarat ditetapkan)
Bilakah tarikh permohonan dan semakan status?
Permohonan dibuka-
Kategori 1: 21 Disember 2020
Kategori 2: 11 Januari 2021
Semakan keputusan-
4 Januari 2021
Apakah i-Sinar?
Ianya adalah kemudahan akses ke Akaun 1 ahli KWSP.
Apakah syarat permohonan i-Sinar?
Tiada lagi syarat dikenakan.