Perdana Menteri telah memberitahu tentang I-citra KWSP tidak akan diluluskan dengan sebab-sebab yang tertentu .Kerajaan juga sudah memperuntukkan bantuan untuk mangsa-mangsa banjir.
I-citra KWSP
TERKINI. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memaklumkan Kerajaan tidak akan meluluskan pengeluaran wang dari simpanan i-citra KWSP yang berjumlah 10ribu ringgit walaupun terjejas oleh banjir yang berlaku dinegara kita.
Perdana Menteri berkata, kerajaan telah memperuntukkan bantuan untuk semua mangsa banjir yang terjejas dinegara kita. Tambahan pula, kerajaan akan menambah peruntukan yang akan disalurkan kepada mangsa banjir.
Selain itu, kerajaan risau dengan jumlah baki simpanan dalam akaun pencarum KWSP yang dikeluarkan 2kali menerusi i-sinar dan i-citra,kerajaan risau dengan adanya risiko menjadi miskin tegar selepas pencen .
Perdana Menteri telah berkata pada sidang media di Masjid Al-Muttaqin ,banyak kemudahan yang telah diumumkan kepada mangsa banjir. Salah satu kemudahan yang disediakan ialah TEKUN telah menawarkan pinjaman mudah RM10ribu ringgit tanpa faedah dan moratarium ,iaitu tidak perlu bayar pinjaman yang telah diberi dengan tempo setahun diberikan.
Selain itu, Bank Simpan Nasional BSN akan beri pinjaman persendirian RM10ribu ringgit tanpa faedah dan moratarium selama enam bulan .Kerajaan sudah menyediakan kemudahan ini untuk digunakan oleh mangsa-mangsa banjir. Insya-Allah ia boleh digunakan untuk memudahkan mangsa banjir .
Sebelum ini, kerajaan telah meluluskan pengeluaran KWSP menerusi i-sinar pada mac lalu dengan had pengeluaran antara RM10ribu hingga RM60ribu bagi mengurangkan kesan pandemik pada masa kini . Kemudian, kerajaan mengumumkan pengeluaran khas kedua iaitu i-citra bermula ogos lalu, dengan had yang yang bernilai RM5ribu.
Kerajaan keberatan meluluskan pengeluaran khas ketiga kerana banyak akaun pencarum kini memiliki jumlah simpanan yang makin berkurangan dan semakin sedikit untuk hari pencen mereka yang akan datang.
KWSP bertujuan untuk simpanan hari tua selepas pencen. sebelum ini, pengeluaran khas 2 kali menunjukkan 20 peratus pencarum hanya mempunyai baki bernilai RM1ribu sahaja dalam akaun pencarum. Kerajaan risau dengan hal-hal ini akan terjadi pada hari pencen seseorang nanti, secara tidak langsung mereka akan jadi miskin tegar .
Sumber: Berita harian
Soalan lazim
Apakah mangsa banjir dapat mengeluarkan KWSP?
Sebelum nie boleh mengeluarkan wang dari simpanan KWSP. Sekarang kerajaan tidak akan meluluskan pengeluaran tersebut kerana risau tiada simpanan untuk hari tua nanti .