Berikut adalah perkongsian panduan HRMIS 2.0: Login Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia yang merangkumi pautan dan panduan untuk login ke dalam sistem serta maklumat-maklumat penting yang lain.
Aplikasi 2.0 ini telah menggantikan versi 1.0 untuk digunapakai oleh semua penjawat awam Malaysia tidak terkecuaili Universiti, tentera, guru dan badan-badan lain.
HRMIS adalah satu sistem yang telah dibangunkan khas untuk penjawat awam mengautomasikan proses operasi pengurusan sumber manusia seperti : Pengurusan Gaji, Pengurusan Perubatan, Pengurusan Persaraan, Pertukaran, Pengurusan Cuti, KPI dan lain-lain.
HRMIS 2.0 Login
Berikut adalah panduan untuk login masuk ke sistem HRMIS 2.0 online :
- Layari pautan rasmi = https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/Login.aspx
- Klik pada ikon Aplikasi HRMIS 2.0
- Isikan tempat kosong dengan ID Peeguna HRMIS
- Masukkan kata laluan HRMIS
- Klik hantar
Lupa Kata Laluan
Bagi mereka yang lupa kata laluan yang diperlan untuk login ke sistem 2.0, berikut dikongsikan langkah-langkah yang perlu diikuti untuk mendapatkan kata laluan baru.
- Di bahagian ” Log Masuk Pengguna” klik ” Lupa Kata Laluan”
- Masukkan ID Pengguna dan Tarikh Lantikan Pertama Ke Perkhidmatan Awam. Klik butang ” Hantar”.
3. Pengguna akan dibawa ke halaman untuk membuat verifikasii. Perkataan yang dipaparkan perlu ditaip semula. Klik “Hantar”
4. Sebuah emel akan dihantar kepada pengguna. Pautan yang terkandun di dalam emel tersebut perlu diklik sebagai proses untuk reset kata laluan.
5. Isi ruangan ID PENGGUNA, KATA LALUAN BARU dan ULANG KATA LALUAN BARU. Klik SET SEMULA.
6. Notifikasi akan sampai dan mengatakan ” Tukar Kata Laluan Berjaya ” akan terpapar. Klik Ok
7. Pengguna boleh cuba untuk login ke sistem 2.0 dengan kata laluan baru.
Login HRMIS Melalui Telefon Bimbit
Berikut adalah perkongsian untuk memuat turun aplikasi di telefon bimbit dari Google Play Store.
- Anda boleh terus ikuti pautan ini = https://play.google.com/store/search?q=hrmis&c=apps
Maklumat Lanjut HRMIS
Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan login HRMIS 2.0 Online Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia, rujuk butiran yang disediakan di bawah bagi memudahkan pengurusan :
- No. Tel = 03-83211400
- E-mel = hrmis_helpdesk@jpa.gov.my ( Sistem Pengurusan Meja Bantuan )
Soalan Lazim
Jika terlupa kata laluan login HRMIS ?
Di bahagian ” Log Masuk Pengguna” klik ” Lupa Kata Laluan ” . Dan ikuti panduan yang diberikan seperti perkongsian diatas.
Bolehkah login HRMIS menggunakan telefon bimbit ?
Yaa.. Anda boleh muat turun myHRMIS melalui Google Play Store dan login.
Apakah maksud HRMIS ?
HRMIS adalah satu sistem yang telah dibangunkan khas untuk penjawat awam bagi membantu melancarkan pengurusan dengan lebih sistematik dan berintegriti
Dimanakah hendak login masuk ke laman web HRMIS ?
Pastikan anda masuk ke laman web HRMIS yang rasmi seperti = https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/Login.aspx
Semoga perkongsian maklumat berkaitan Login HRMIS 2.0 ini dapat membantu bagi mempermudahkan segala urusan khususnya para penjawat awam.