HPIPT Selangor : Permohonan Hadiah Pengajian IPT Selangor 2021

HPIPT Selangor : Permohonan Hadiah Pengajian IPT Selangor 2021. Bagi penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) di malaysia yang merupakan anak negeri Selangor. Kerajaan Selangor melalui Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) telah membuat satu pemberian hadiah untuk pelajar IPT iaitu Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT).

Hadiah tersebut bernilai RM 1000 dan diberikan kepada anak Selangor yang keluarganya berpendapatan kurang dari RM 5000 serta sedang melanjutkan pelajaran di intitut pengajian tinggi awam / swasta ( yang diiktiraf kerajaan dalam pengajian peringkat sijil kemahiran tahap 4, diploma atau ijazah sarjana muda.

Untuk makluman , Kerajaan selangor membuka permohonan melalui portal Permohonan mereka yang bernama HPIPT Online.

Cara Membuat Permohonan HPIPT Selangor

  1. Permohonan dibuat secara atas talian dengan melayari laman web rasmi Sistem Permohonan HPIPT : https://hpipt.selangor.gov.my/portalv1/
  2. Pemohon diminta untuk melengkapkan permohonan di atas talian serta menghantar salinan asal borang pengesahan HPIPT yang telah disahkan oleh pihak IPTA/IPTS.
  3. Salinan asal borang tersebut perlu dihantar kepada Urusetia melalui serahan tangan atau pos SEBELUM TARIKH TUTUP>

Alamat Serahan :

Urus setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
$0503 Shah Alam.

Tarikh Permohonan HPIPT Selangor

  1. Pemohon, ibu dab bapa pemohon adalah Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Kriteria pemohon dan ibu bapa pemohon adala seperti berikut
    1. Pemohon lahir di Negeri Selangor
    2. Ibu atau Bapa lahir dan menetap di Negeri selangor
    3. Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri selangoir tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor.
    4. Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri selangor selama 11 tahun.
  3. Pemohon telah mendapat tawaran untuk memasuki semester pertama.
  4. Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaab bagi pengajian diperingkat ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahioran Tahap 4 sahaja.
  5. Pemohon telah mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian
  6. Pemohon Hanya untuk tahun pertama sahaja
  7. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  8. Pendapatan isi rumah ibu,bapa atau penjaga berjumlah RM 5000 dan ke bawah
  9. Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai Permohonan Gagal.

Prosuder Pembayaran HPIPT Selangor

Setiap permohonan yang telah diluluskan akan dikreditkan terus ke dalam nombor akaun bank yang telah dinyatakan di dalam permohonan, bayaran hadiah sebanyak RM 1000 yang telah dfinyatakan di dalam permohonan.

Kelulusan Permohonan adalah bergantung kepada permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja.

Setiap permohonan HPIPT Selangor hanya layak diberi sekali sepanjang pengajian sama ada diperingkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja.

HPIPT Selangor

Maklumat dan Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh terus menghubungi Urus setia Hadiah Pengajian IPT di alamat berikut :

Urus Setia hadiah Pengajian
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S
40503 Shah Alam.

Soalan Lazim

Sekiranya ibu atau bapa pemohon bukan warganegara Malaysia, layakkah untuk membuat permohonan HPIPT ?

Tidak. Syarat utama HPIPT mestilah warganegara Malaysia.

Bagi pelajar yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 bolehkah memohon HPIPT ?

Tidak.

Jika jumlah pendapatan isi rumah keluarga pemohon melebihi sedikit dari RM 5000, adakah boleh pemohon membuat permohonan?

Tidak. Syarat bagi permohonan telah ditetapkan.

Dimanakah untuk membuat semakan status permohonan HPIPT ?

Pemohon boleh menyemak status permohonan mereka di Portal Rasmi HPIPT.

Leave a Comment