Perubahan atau kenaikan harga bagi produk-produk Gardenia yang telah disenaraikan telah diumumkan oleh pihak Gardenia Bakeries KL Sdn. Bhd. dan akan berkuatkuasa pada 1 September 2022.
Pihak Gardenia Bakeries KL Sdn. Bhd. telah mengumumkan kenaikan harga produk-produk Gardenia sebanyak dua kali dalam tempoh satu tahun. Kenaikan harga terakhir diumumkan pada bulan Disember 2021 dan kini setelah sembilan bulan berlalu, pihak Gardenia Bakeries KL Sdn. Bhd. kembali mengumumkan kenaikan harga yang sama.
Kenaikan harga produk-produk Gardenia adalah disebabkan oleh meningkatnya kos dan bahan -bahan mentah seperti tepung gandum, lemak sayuran, dan juga kos pengangkutan yang sangat ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Oleh karena itu, perubahan harga produk-produk Gardenia dianggap sebagai pilihan terakhir setelah perusahaan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan produktiviti.
Senarai Harga Baru Roti Gardenia Mulai 1 September 2022
Bermula September, terdapat 53 produk yang mengalami perubahan atau kenaikan harga. Diantaranya, Gardenia Original Classic mengalami kenaikan harga sebanyak 20 sen, menjadi RM3. Sementara itu, saiz Jumbo mengalami kenaikan harga sebanyak 30 sen dan harga baru bagi saiz tersebut ialah RM4.30. Dengan demikian, terdapat peningkatan harga pada produk-produk tersebut yang perlu diperhatikan oleh pengguna.
Berikut kami kongsikan senarai harga baru roti Gardenia.
- Gardenia Original Classic – RM3.00
- Gardenia Original Classic Jumbo – RM4.30
- Gardenia Breakthru Wholemeal Bread with Canadian Purple Wheat – RM4.60
- Gardenia Breakthru Bran & WheatGerm – RM3.50
- Gardenia Bonjour Le Classique Sesawhite with Sunflower Seeds – RM5.00
- Gardenia Sommerset Cottage Multi Grain & Seeds – RM5.50
- Gardenia Double Choc Muffins – RM2.20
- Gardenia Twiggies (All Flavour) – RM2.00
- Gardenia Squiggles (All Flavours) – RM1.50
- Gardenia Sandwich Bread Rools – RM2.90
- Gardenia QuickBites (All Flavours) – RM1.10-RM1.60
- Gardenia Fluffy Buns 6pc – RM4.00
- Gardenia Puazz! Sambal Mackerel – RM2.50
- Gardenia Puazz! Kari Ayam – RM2.50
- Gardenia Puazz! Sambal Bilis – RM1.50
- Gardenia Roll-Up Wraps (All) – RM5.20
- Gardenia Toast’em (All Flavours) – RM5.50
- Gardenia Toast’em Waffles (All Flavours) – RM1.50
- Gardenia Auntie Rosie – RM3.50
- Gardenia Delicia – RM2.00-RM17.10
- Gardenia Numee – RM1.90
- Gardenia Numee Keluarga – RM2.80