Akhirnya penantian berkahir juga. Kini Proton X50 dilancarkan secara rasmi.
Ini dilihat pada laman rasmi Facebook Proton pada hari ini tadi.
Untuk pengetahuan, Proton X50 ditawarkan dengan 4 varian.
Harga permulaan bagi Proton X50 adalah RM79,200. Perkara ini menepati ramalan ramai orang sebelum ianya diumumkan.
Manakala bagi varian standard , harga yang ditawarkan adalah RM79,200. Bagi varian Executive pula adalah RM84,800. Premium pula RM93,200 dan akhir sekali, ialah varian flaghip tertinggi adalah dengan harga RM103,000
Anda boleh lihat jadual dibawah untuk lebih mudah.
Harga Proton X50
VARIAN | HARGA |
STANDARD | RM79,200 |
EXECUTIVE | RM84,800 |
PREMIUM | RM93,200 |
FLAGSHIP | RM103,000 |
Warna yang ditawarkan
Keempat-empat varian ini pula ditawarkan dengan pilihan warna iaitu.
- snow white
- armour silver
- jet grey
- ocean blue
- passion red
- citric orange
Untuk tiga varian yang pertama, bagi setiap model dilengkapkan dengan enjin 1.5 liter turbo manakala varian flagship dikuasakan enjin 1.5 liter TGDI dan dipasangkan dengan transmisi 7-kelajuan DCT.