Harga PS5 di Malaysia Diumumkan Sony (Beli Mulai 12 November)

Perkara yang mengujakan buat semua peminat PlayStation. Beberapa bulan lepas, anda diperlihatkan akan rupa bentuk dan juga spesifikasi PS5. Kini, harga rasmi telahpun diumumkan oleh Sony.

Pelancaran rasmi PS5 akan bermula pada 12 November 2020 di negara seperti Japan, Canada, Mexico, Australia, New Zealand dan Korea Selatan.

Bagi negara lain, ianya akan dilancarkan pada 19 November 2020.

Playstation Asia telah mengumumkan tarikh pelancaran di Malaysia bagi Play Station 5 (PS5) pada 11 Disember 2020.

Harga Rasmi PS5

Harga Rasmi yang diperkenalkan kepada pengguna di Malaysia adalah;

PS5 Versi Digital: RM1869
PS5 : RM2299

Preorder kini dibuka kepada semua bermula 12 November 2020 melalui pautan ini: https://playstn.asia/PS5PreOrderMY ataupun klik di sini.

Versi digital adalah PS5 yang hanya boleh memainkan content/ kandungan permainan digital sahaja. Bermaksud, hanya boleh bermain game yangdimuat turun daripada PS Store sahaja.

Manakala, versi biasa pula, mempunyai kemudahan untuk memainkan game dari CD.

Adakah anda teruja dengan pengumuman ini? Jika anda seorang yang telah lama menanti perkara ini, sudah tentu ya kan.

Sama-sama kita tunggu PS5 masuk pasaran Malaysia.

Leave a Comment