Harga Proton X90 Baru

Proton telah secara rasmi memperkenalkan Proton X90 yang sebelum ini digembar-gemburkan. Sekiranya anda berminat dengan kenderaan ini, tempahan boleh dibuat untuk memiliki Proton X90 di semua cawangan Proton 3S dan 4S.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kereta terbaru dari Proton, anda boleh teruskan membaca artikel ini.

Proton X90 Baru

Untuk makluman anda, Proton X90 2023 adalah SUV ketiga yang dikeluarkan oleh Geely Haoyue setelah X70 dan X50 sebelum ini. Ia akan menjadi model flagship terbaru untuk jenama Proton. Selain itu, Proton X90 2023 akan menjadi model paling besar dan canggih bagi Proton selepas X70, dengan menawarkan SUV dengan enam atau tujuh tempat duduk.

Terdapat juga empat varian yang disediakan, iaitu Standard, Eksekutif, dan Premium untuk tujuh tempat duduk, serta Flagship untuk enam tempat duduk.

Spesifikasi Proton X90

Proton X90 dikenal sebagai sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) hibrid dengan tiga baris tempat duduk pertama yang ditawarkan oleh Proton. Ia ditawarkan dalam empat varian yang berbeza – Standard, Executive, Premium, dan Flagship, dan rangkaian kuasa hibrid turut disertakan dalam semua varian.

Ia juga merupakan model yang lebih premium daripada Proton. Ia menggunakan enjin 1.5 liter TGDi yang sama dengan Proton X50. Enjin ini dipasangkan dengan unit hibrid ringan dalam bentuk Penjana Pemula Tali Sawat (Belt Start Generator). Penjana Pemula Tali Sawat meningkatkan kuasa kuda dan daya kilas kepada 190 PS dan 300 Nm, berbanding dengan enjin ICE yang hanya menghasilkan 177 PS dan 255 Nm.

Spesifikasi Enjin

  • Enjin : 1.5L TGDi 48V Mild-Hybrid
  • 190ps dan 300Nm tork
  • Transmisi : 7-speed Dual Clutch Transmission (DCT)

Harga Proton X90

Mungkin ada di antara anda yang tertanya-tanya berapa harga Proton X90 ini. Oleh itu, dibawah ini kami akan kongsikan harga rasmi Proton X90.

  • 1.5 TGDi Standard : RM 123,800
  • 1.5 TGDi Executive : RM 130,800
  • 1.5 TGDi Premium : RM 144,800
  • 1.5 TGDi Flagship : RM 152,800

Perbezaan 4 Varian: Standard, Eksekutif, Premium, Flagship 

Harga Proton X90 Baru

Warna Proton X90

Berikut adalah pilihan warna bagi Proton X90:

  • Snow White
  • Armour Silver
  • Jet Grey
  • Cinnamon Brown
  • Ruby Red
  • Marine Blue

Leave a Comment