Jika anda tidak mempunyai Pasport Malaysia Antarabangsa atau pasport anda telah tamat tempoh, kami ingin berkongsi harga terkini untuk pembaharuan pasport yang telah diumumkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Seperti yang kita ketahui, Pasport Malaysia Antarabangsa adalah dokumen rasmi yang diberikan kepada warganegara Malaysia untuk keperluan perjalanan ke luar negara. Tempoh sah laku pasport tersebut adalah selama lima tahun dari tarikh dikeluarkan. Semua warga Malaysia boleh mengemukakan permohonan pasport di semua pejabat Imigresen di Malaysia.
Harga Terkini Buat Passport
Untuk pengetahuan anda, harga pasport Malaysia Antarabangsa telah berkuatkuasa mulai 15 Januari 2015 hingga sekarang. Oleh itu, kami ingin berkongsi senarai harga terkini untuk pemohonan pasport Malaysia Antarabangsa yang perlu anda ketahui.
- Pemohon biasa yang berumur 13 tahun hingga 59 tahun : RM200
- Warga emas 60 tahun ke atas : RM100
- Kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah : RM100
- Pelajar yang mengikuti program ijazah di luar negara ( 21 tahun dan ke bawah) : RM100
- Jemaah Haji (surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik) : RM100
- Orang Kelainan Upaya (OKU) : Percuma
Cara Pembaharuan Passport
Untuk memperbaharui pasport secara atas talian, ikuti langkah-langkah berikut dengan mudah:
- Bukan laman web MyOnline Passport
- Sila baca Terma dan Syarat permohonan
- Klik pada butang setuju sekiranya anda bersetuju dengan Terma dan Syarat.
- Isi maklumat yang diperlukan
- Masukkan No Pasport, No Kad Pengenalan, Jenis Pasport, Kategori KP dan pilihan pejabat pungutan.
- Kemudian, sila muat naik gambar bersaiz pasport anda
- Seterusnya, klik pada butang “Teruskan” untuk membuat pembayaran menggunakan kad kredit dan kad debit (FPX)
- Setelah semua proses selesai, anda akan menerima maklumat mengenai transaksi anda termasuk status permohonan, nombor resit, cawangan untuk pengambilan, tarikh pengambilan, dan masa pengambilan.
- Sila bawa bersama-sama resit, kad pengenalan dan pasport asal.
Semoga apa yang kami kongsikan dalam artikel kali ini, dapat membantu dan memudahkan urusan anda untuk membuat pasport baru atau memperbaharui pasport anda. Semoga bermanfaat.