Berita baik kepada semua petugas barisan hadapan ataupun disebut sebagai frontliner, bantuan RM300 akan diberikan kepada semua.
Perkara ini dipersetujui selepas Menteri Kewangan mengambil kira suara dari pelbagai pihak dan juga ketika perbahasan di dewan parlimen oleh ahli-ahli parlimen.
Jika dilihat sebelum ini, semasa pembentangan bajet 2021, pemberian ini cuma diberikan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja.
Kini, ianya telah diperluas kepada anggota polis, tentera dan angensi lain yang diperkui oleh NADMA.
Semoga berita ini dapat menyuntik semangat bagi frontliner untuk terus menjalankan tugas dengan berdedikasi.
Ini bermakna, RM300 akan diterima oleh:
- Anggota KKM
- Anggota Polis
- Tentera
- Dan angensi lain yang diperakui oleh NADMA.