eSPKWS : Login Sistem Perakaunan Sekolah KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan eSPKWS online, iaitu suatu sistem perakaunan berasaskan komputer yang membolehkan selenggaraan perakaunan kumpulan wang sekolah dilakukan secara berelektronik dengan lebih teratur, sistematik dan mudah. Sistem ini dibangun dengan tujuan untuk menguruskan urusan kewangan dan menyimpan data-data perakaunan sekolah.

Dengan sistem ini juga, urusan kemaskini rekod kewangan akan menjadi lebih mudah kerana semuanya boleh dilakukan secara online sahaja.

Objektif eSPKWS

eSPKWS ini dibangunkan adalah untuk memenuhi objektif seperti berikut :

  • Kerja pembantu tadbir di sekolah-sekolah khususnya dapat dikurangkan dengan penggunaan sistem berkomputer ini. Proses kerja yang lebih mudah, cepat, dan efisien melalui sistem ini pastinya akan menjadi pemangkin bagi peningkatan komitmen dan motivasi pegawai kewangan dalam melaksanakan tugas-tugas kewangan.
  • Peningkatan kawalan dalaman Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah dapat dicapai dengan penyediaan resit dan baucar terus dari sistem.

Cara Login eSPKWS Online

Oleh kerana portal ini hanya boleh digunakan oleh sesetengah pihak sahaja di sesebuah sekolah, maka akses untuk menggunakan segala kemudahan ini juga layak untuk kumpulan pentadbiran sekolah yang tertentu sahaja.

Sekiranya anda masih belum mempunyai akaun untuk login masuk, anda perlu merujuk kepada pihak pentadbiran sekolah terlebih dahulu.

Berikut adalah cara mudah untuk log masuk portal tersebut :

  1. Pergi ke laman web e-SPKWS KPM
  2. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah ditetapkan
  3. Klik masuk
  4. Jika terlupa kata laluan atau ada masalah login boleh rujuk FAQ

Untuk capaian pengguna sistem ini hanya terhad kepada 3 ketegori pengguna sahaja yang dibenarkan iaitu :

  • Pentadbir Sistem
  • Pengurusan
  • Operasi
eSPKWS KPM

Senarai Nota Untuk Dimuat Turun

Jika anda merupakan seorang pengguna baru dan memerlukan panduan untuk menggunakan portal ini, anda dapat melihat semua nota yang tersedia untuk dimuat turun melalui portal ini.

Berikut adalah senarai nota modul yang boleh dimuat turun dan dibaca untuk panduan anda.

  1. Modul Permulaan
  2. Modul Terimaan
  3. Pengesahan Pengurus Sekolah
  4. Modul Daftar Bil
  5. Modul Bayaran
  6. Modul Deposit
  7. Modul PWR
  8. Modul Pindah Peruntukan
  9. Modul Penyesuaian Bank
  10. Modul ABT ABB
  11. Modul Laporan
  12. Kursus Hands On Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah

Leave a Comment