Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) Bahagian Perumahan telah membangunkan sistem eRumah sebagai portal hartanah negeri Johor untuk membuat permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) bagi warga penduduk Johor.
Mesti anda tertanya-tanya bagaimana cara untuk membuat permohonan melalui portal eRumah kan ? Di sini kami akan kongsikan serba sedikit cara mudah yang dapat membantu anda.
APA ITU PORTAL eRUMAH ?
Portal eRumah telah dibangun untuk memberikan kemudahan bagi warga Negeri Johor dalam mengajukan permohonan untuk Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), Lot Bumiputera, dan Projek Perumahan Rakyat (PPR). Bahagian Perumahan bertanggungjawab dalam mengawasi distribusi rumah kos rendah, kos sederhana rendah, dan kedai kos sederhana rendah di sektor swasta. Selain itu, pemeliharaan kepemilikan bumiputera dalam penjualan properti dan penyediaan kemudahan rumah sewa awam (PPR) juga menjadi tanggungjawab Bahagian Perumahan.
Tujuan utama eRumah adalah untuk menawarkan skim yang boleh membantu golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang menetap di negeri tersebut.
Cara untuk membuat permohonan mana-mana rumah RMMJ di bawah kerajaan negeri Johor sekarang sangat mudah, semuanya boleh dilakukan melalui online di laman web e-Rumah Johor.
JENIS RUMAH YANG DITAWARKAN
Meskipun terdapat berbagai jenis kategori rumah di bawah eRumah Johor, pada umumnya SUKJ Bahagian Perumahan menawarkan rumah-rumah seperti berikut :
- kediaman 3 bilik tidur
- dilengkapi 2 bilik air
- berkonsep mesra keluarga dan selesa
- dijual pada kadar harga yang mampu dimiliki oleh lapisan masyarakat
Apakah Syarat Kelayakan Permohonan ?
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan mengikut skim :
1. Rumah Mampu Biaya Johor (RMB)
- Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
- Menetap di Johor selama 10 tahun
- Tak melebihi had pendapatan seisi rumah:
- RMB A – RM4,000
- RMB B – RM6,000
- RMB C – RM8,000
- RMB D – RM10,000
- KKS – RM13,000
- Berkahwin / bujang boleh memohon
- Hanya SATU permohonan bagi pasangan suami / isteri
- Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon
- Pemohon / pasangan yang telah memiliki RKR selama 10 tahun ke atas layak memohon rumah kedua (RMB B)
- Hanya SATU pemilikan Kedai Kos Sederhana (KKS) di Johor
- Pemohon / pasangan yang memiliki Rumah Kos Sederhana / Rumah Mampu Milik / Rumah TAK LAYAK untuk memohon
- Pemohon / pasangan yang memiliki RKR / RKSR / PKJA / PKJB boleh mohon RMB C dan RMB D
- Tempoh SAH pendaftaran rumah adalah DUA TAHUN dari tarikh pendaftaran
2. Lot Bumiputera
- Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
- Berkahwin / bujang boleh memohon
- Pemohon mestilah bertaraf bumiputera
- Pemohon yang bukan bertaraf bumiputera TAK LAYAK untuk memohon
3. Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk Sewa
Bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) mempunyai beberapa jenis dengan kelayakan yang berbeza seperti berikut :
i. PPR dan Rumah Sewa Kerajaan
- Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas.
- Pemohon mestilah telah berkahwin, tetapi janda atau duda turut layak dipertimbangkan.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki harta kediaman atau menduduki kuarters kerajaan.
- Pemohon dan pasangan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
- Hanya bujang yang berumur 50 tahun ke atas dan mempunyai tanggungjawab atau kematian ibubapa layak dipertimbangkan.
- Pemohon mesti menetap di negeri Johor sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang tidak lahir di Johor).
- Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM4,000.
ii. PPR dan Rumah Sewa Kerajaan (Kedai)
- Warganegara Malaysia, berumur 21 tahun ke atas, dan peniaga sepenuh masa.
- Pemohon mesti menetap di negeri Johor sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang tidak lahir di Johor).
- Pemohon tidak berstatus muflis (Surat Pengesahan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia perlu dilampirkan).
- Pemohon perlu mempunyai Modal Pusingan Perniagaan sebanyak RM5,000 dan lampiran penyata bank 3 bulan.
- Hanya satu permohonan dibenarkan untuk satu keluarga.
- Hanya perniagaan jenis Milikan Tunggal layak dimohon.
- Perniagaan perlu didaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Pemohon mesti tidak mempunyai kedai-kedai lain di Malaysia.
- Pemohon digalakkan sediakan Profil Perniagaan.
- Keutamaan diberi kepada penyewa yang menetap di kawan PPR yang berkenaan.
iii. Rumah Transit Belia Johor
- Warganegara Malaysia, berumur 18 – 30 tahun dan berkahwin.
- Pemohon mesti menetap di negeri Johor sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang tidak lahir di Johor).
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki harta kediaman dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
- Pemohon bekerja di kawasan/negeri rumah transit yang dipohon.
- Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM5,000.
- Janda dan duda tidak layak dipertimbangkan.
CARA PERMOHONAN RMMJ
Berikut adalah cara untuk membuat permohonan RMMJ yang boleh dijadikan rujukan.
- Pemohon hendaklah mendaftar akaun baru sekiranya masih belum mempunyai akaun. Pendaftaran hendaklah dibuat di Pendaftaran Akaun Baru
- Pemohon Log masuk ke akaun SUKJ, kemaskini akaun dan maklumat peribadi anda dengan tepat.
- Pilih projek perumahan dan hantar permohonan
- Pemohon yang layak sahaja akan dimaklumkan untuk proses seterusnya
CARA SEMAKAN PERMOHONAN RMMJ
Status permohonan boleh disemak dengan langkah-langkah seperti di bawah :
- Layari laman web https://erumah.johor.gov.my/
- Masukkan nombor kad pergenalan dan klik ‘cari’.
- Status permohonan akan dipaparkan beserta sebab jika permohonan anda ditolak
Dengan adanya panduan ini kami harap dapat membantu lebih banyak penduduk di Johor yang berpendapatan sederhana untuk memahami tentang Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan dapat mewujudkan impian mereka untuk memiliki rumah sendiri.