Cara Mohon Elaun Pekerja Kurang Upaya RM450 Sebulan Seorang (EPOKU)

Tahukah anda bahawa seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang berkerja layak mendapat elaun bulanan daripada JKM dengan bayaran sebanyak RM450 sebulan.

Cara untuk membuat permohonan kami kongsikan di dalam artikel ini.

Syarat-syarat kelayakan

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Seorang warganegara Malaysia
  2. Bekerja di Malaysia
  3. Berumur 16 tahun dan ke atas.
  4. Merupakan pemegang kad OKU JKM
  5. Pendapatan bulanan bawah RM1500
  6. Mana-mana yang layak dipertimbangkan dengan kelulusan.

Cara Mohon Elaun Pekerja OKU RM450

Hadir ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhampiran anda. Bawa bersama salinan IC anda, salinan kad OKU, salinan IC suami atau isteri jika berkaitan, anak-anak dan juga slip gaji terkini.

Ataupun bawa bersama mana-mana dokumen yang berkaitan.

Leave a Comment