eGtukar : Permohonan dan Semakan Pertukaran Guru 2021

Kepada guru yang layak bagi memohon egtukar, pertukaran guru sepanjang tahun 2021 di seluruh negeri Malaysia kini dibuka kepada capaian permohonan untuk guru-guru yang mahu membuat pertukaran ke negeri atau daerah pilihan.

Untuk makluman, proses pertukaran guru melalui modul egtukar bagi tahun 2021 akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu sese Jun 2021 dan sesi Januari 2022 dengan sekali permohonan sahaja.

Permohonan dan Semakan eGtukar Guru 2021

Berikut adalah dikongsikan maklumat permohonan dan semakan bagi pertukaran guru melibatkan pertukaran antara Negeri, Bahagian, Daerah dan dalam Daerah.

Cara membuat permohonan dan semakan adalah dengan mengisi borang permohonan dengan klik pautan di sini = https://epgo.moe.gov.my/

Selepas masuk ke laman web berkenaan, login dengan memasukkan ID Pengguna dan juga kata laluan.

Bagi mereka yang belum mendaftar masuk dengan menggunakan sistem ini. Anda dikehendi untuk membuat pendaftaran dahulu dengan memasukkan data yang di minta seperti gambar dibawah :

egtukar

Terlupa Kata Laluan ?

Bagi mereka yang terlupa kata laluan pula, anda boleh terus klik lupa kata laluan.. dan masukkan kata laluan baru…

Syarat-syarat Permohonan Pertukaran

Soalan Lazim

Bilakah tarikh mula permohonan dan tarikh tutup permohonan eGtukar 2021 ?

Tarikh mula pembukaan permohonan bermula 15 February 2021 dan tarikh tutup permohonan 28 Mac 2021.

Jika permohonan ditolok, bolehkah membuat rayuan ?

Keputusan yang dikeluarkan adalah muktamad. Dan tiada rayuan yang dibuka.

Apakah itu eGtukar ?

eGtukar merupakan satu sistem aplikasi atas talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya bertujuan untuk menyediakan sistem kepada para guru bagi pertukaran guru ( tempat mengajar ).

Apakah alasan diperlukan untuk dipertimbangkan permohonan pertukaran ?

Semua alasan bersama dokumen yang dikemukakan mempunyai merit tersendiri.

Leave a Comment