Seperti yang kita ketahui, banyak orang gemar mengadakan majlis sama ada ia bersifat ilmiah atau sebarang acara lain. Pembacaan doa pembuka ini juga merupakan langkah penting untuk memulakan majlis atau acara tersebut.
Tujuan kita membaca doa pembuka dalam majlis ini adalah untuk memohon keberkatan dan kelancaran dalam menjalankan majlis tersebut.
Jika anda dipilih untuk menjadi salah seorang pembaca doa, langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah mengetahui dan memahami doa pembuka majlis.
Contoh Doa Pembuka Majlis Ilmu
Berikut kami kongsikan beberapa contoh doa pembuka majlis yang boleh anda gunakan dan bacakan untuk sempurnakan lagi majlis atau acara.
Contoh doa pertama
بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
يا الله يا رحمن يا رحيم
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan rasa kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang melimpah ruah kepada kami .
يا فتاح يا عليم
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang Engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayahMu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.
يا ذا الجلال والاكرام
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga,organisasi,
masyarakat dan negara kami.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّارِوَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Contoh Bacaan Doa Kedua
بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،
وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةٍ وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةٍ وَقِنَا عَذَابًا النَّارِ. وَصَلَّى الله ُعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّم
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن
a Allah ya Tuhan kami
Kami ingin merafakkan kesyukuran kepadaMu atas pertemuan kami pada hari ini
Jadikanlah kami hamba-hambaMu ini sentiasa bersyukur terhadap rezeki dan kurniaanMu
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Memberi
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami berhimpun hari ini untuk menjayakan majlis (sebutkan nama majlis)
Maka kau permudahkanlah majlis ini supaya ia berjalan dengan lancar
Kami ingin menimba ilmu sebanyak mungkin supaya kami mampu memperkembangkan potensi kami sehingga menjadi hambaMu yang Kau reda Ya Allah
Kurniakanlah ilmu kepada kami
Sinarilah hati-hati kami dengan hidayahMu
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Ya Zal Jalali Wal Ikram
Hadiahkanlah kepada kami kesihatan badan, kecerdasan minda, ketenangan jiwa dan kekuatan semangat
Kami memohon kepada Engkau Ya Allah
Bantulah kami dalam menghadapi segala cabaran
Ringanlah beban kami
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa