Kadar Dividen ASB 2020 . Amanah Saham Bumiputera atau ASB merupakan sebuah unit amanah yang dikendalikan oleh Amanah Saham Nasional Berhad ( ASNB ).
ASB juga merupakan satu unit amanah yang dikhususkan untuk bumiputera sahaja. Untuk golongan bukan bumiputera, anda tidak dibenarkan untuk menyertai unit amanah ini, tetapi anda boleh memilih produk-produk ASNB yang lain.
Kadar Dividen ASB 2020
Kadar jumlah pengagihan pendapatan (Dividen) dan Bonus skim Amanah Saham Bumi putera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 kebiasaannya bakal diumumkan selewat-lewatnya pada minggu terakhir dalam bulan Disember 2020 ini.
Tarikh Pengumuman Bonus dan Dividen ASB 2020
Tarikh : Disember 2020 ( Akan Dikemaskini )
Kadar Bonus Dan Dividen ASB 2020 ( Sen / Seunit )
Tahun : 2020
Dividen : 4.25%
Bonus (ehsan) : 0.75%
Cara Kira Dividen ASB
Ikuti langkah-langkah yang disediakan untuk pengiraan dan ikuti contoh yang disediakan :
- Dapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB). Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan di dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Dapatkan BMB untuk 12 bulan, bermula dari tahun januari sehingga Disember.
- Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan. Kemudian campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan tersebut.
- Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12 Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan.
- Kemudian, darabkan Baki Minimum tahunan dengan kadar dividen/bonus.
Contoh : Cara kira dividen Amanah Saham Bumiputera ( ASB )
Anda telah melabur sebanyak RM7000 pada Januari 2018, tidak langsung melakukan penambahan atau sebarang pengeluaran walau sesen pun dari Januari 2018 sehingga Disember 2018. Jadi berapakah agihan pendapatan yang akan diterima ?
Jika tiada sebarang pengeluaran dan penambahan dilakukan untuk setiap bulan, maka BMB untuk setiap bulan sudah semestinya RM7000. Tambahkan untuk 12 bulan :
RM7000 (Bulan 1) + RM700 (Bulan 2) + RM7000 (Bulan 3) + RM7000 (Bulan 4) + RM700 (Bulan 5) + RM7000 (Bulan 6) + RM7000 (Bulan 7) + RM700 (Bulan 8) + RM7000 (Bulan 9) + RM7000 (Bulan 10) + RM700 (Bulan 11) + RM7000 (Bulan 12) = RM84000
RM7000 X 12 = RM84000 ( sebab tiada penambahan dan pengeluaran )
Kemudian, bahagikan dengan 12 untuk Purata Minimum Bulanan 12 – bulan
RM84000 / 12 = RM7000
Kemudian, darapkan dengan kadar dividen tahun 2018, iaitu 6.50%
RM7000 X (6.50/100) = RM455 ( Dividen )
Kemudian, RM7000 ini didarabkan pula dengan kadar bonus yang ditetapkan iaitu 0.50% ( Jika ada bonus tahunan ASB )
RM7000 X (0.50/100) = RM35 ( Bonus )
Jadi keseluruhan agihan Pendapatan anda = Dividen = Bonus
* RM455 + RM35 = RM490 ( kadar pendapatan dividen )
Semak Akaun ASB Online Yang Telah Didaftarkan
Bagi mereka yang ingin membuat semakan baki, penyata akaun dan selainnya, boleh ikuti cara mudah yang disediakan dibawah ;
- Layari laman web rasmi = https://www.myasnb.com.my/
- Log masuk , bagi yang telaamendaftar. Sekiranya anda belum mendaftar akaun. anda seharusnya membuat pendaftaran dulu.
- Masukkan ID Pengguna.
- Masukkan Kata Laluan.
- Dan anda boleh membuat semakan.
Soalan Lazim
Bolehkah golongan bukan Bumiputera untuk menyertai unit amanah ASB ?
Tidak. Unit Amanah ini dikhususkan untuk bumiputera sahaja.
Apa itu ASB ?
ASB adalah Amanah Saham Bumiputera yang dikhususkan untuk golongan bumiputera sahaj.
Bagaimanakah cara pengiraan dividen ASB ?
Anda boleh ikuti cara mudah yang dikongsikan dalam artikel ini.
Bilakah diumumkan pengagihan dividen ASB 2020 ?
kebiasaannya bakal diumumkan selewat-lewatnya pada minggu terakhir dalam bulan Disember 2020 ini