Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah merupakan bantuan oleh Lembaga Zakat kedah yang diberikan kepada pemohon dalam kalangan penuntut yang bakal memasuki tahu pertama pengajian di Institut Pengajian Tinggi.
Untuk pengetahuan, Bantuan Dermasiswa Lembaga Zakat Kedah 2021 khusus bagi pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Indonesia.
Tarikh Permohonan Derrmasiswa Zakat Kedah 2021
Tarikh mula permohonan : 16 Mac 2021
Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2021
Cara Permohonan
Permohonan boleh dilakukan secara terus atas talian (online) di laman web : https://www.zakatkedah.com.my
Atau terus ke pautan berikut : http://ipt.zakatkedah.com.my/iptonline/iptonline_main.wp?
Syarat Kelayakan Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah 2021
- Pemohon mestilah beragama Islam.
- Pemohon sedang bermastautin / menetap di negeri Kedah.
- Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran dan telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak Universiti.
- Program pengajian bagi peringkat pasca-siswazah dan separuh masa adalah tidak layak.
- Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian kecuali bidang kemahiran sekurang-kurangnya 3 bulan pengajian.
- Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
- Pemohon perlu menyambung pengajian diperingkat IPT.
- Pelajar yang menyambung pengajian dalam program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) adalah tidak layak memohon.
- Bantuan hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.
- Lembaga Zakat Negeri Kedah berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan jelas mengikut prosuder yang telah ditetapkan.
Maklumat Dan Sebarang Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk pautan : https://www.zakatkedah.com.my/wp-content/uploads/2021/03/GARIS-PANDUAN-DERMASISWA-MELANJUTKAN-PELAJARAN-KE-MESIR-JORDAN-DAN-INDONESIA-2021.pdf?
Bagi persoalan dan pertanyaan boleh berhubung dengan :
(bagi penuntut di Timur Tengah) / Persatuan Pelajar Anak Kedah Mesir, Jordan, Indonesia
Bahagian Pendidikan
Aras 5, Menara Zakat, Jalan Telok Wan Jah,
05200 Alor Setar.
No Tel : 1800-88-1740 , Whatsapp : +6019-910-6349
Soalan Lazim
Adakah Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah ini Khusus untuk semua pelajar di Kedah?
Tidak. Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah ini khusus bagi pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Indonesia.
Apakah salah satu syarat Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah ?
1. Pemohon mestilah beragama Islam.
2. Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
3. Pemohon sedang bermastautin / menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
Bilakah tarikh tutup permohonan bagi Bantuan Dermassiswa Zaklat Kedah 2021?
31 Mac 2021.
Bagaimanakah cara membuat permohonan bantuan Dermasiswa Kedah?
Anda boleh semak dan ikuti seperti yang disediakan dalam artikel.