Satu malaysia dikejutkan dengan kejadian yang menimpa kru kapal platform MV Dayang Topaz.
Kejadian berlaku adalah kapal berkenaan merempuh pelantar minyak yang terletak di perairan Baram, Miri, Sarawak.
Perkara tersebut terjadi akibat cuaca yang buruk yang mana taufan Molave merempuh kawasan berkenaan.
Ketika kejadian,seramai 187 kru sedang bertugas.
Sebaik kapal hampir tenggelam, 62 kru masih berada di dalamnya manakala 125 pula telah melompat keluar.
Pasukan penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian bagi menyelamatkan semua mangsa.
Insiden Dayang Topaz ini meragut nyawa 2 orang dan 2 orang pula cedera.
Kesemua kru kapal telah dibawa ke Miri dan menjalani kuarantin selama 14 hari bagi mengikuti SOP yang ditetapkan.