Seperti yang kita sedia maklum, dapur biasanya adalah ruangan yang paling kerap digunakan dan dihabiskan oleh kebanyakan orang di dalam rumah. Tidak hanya digunakan untuk memasak, melainkan telah menjadi ruangan yang lebih moden dan berfungsi aktif untuk kegiatan bersama keluarga, hiburan, melayani tamu, dan berehat.
Untuk memiliki dapur yang terlihat mewah dan cantik adalah impian semua orang, tidak peduli seberapa besar anggaran yang dimiliki. Bagi pemilik rumah yang mempunyai dapur dengan ukuran yang besar, tentu beruntung karena ukuran ruangan yang besar dapat menunjukkan kemewahan dengan mudah. Namun, bagi mereka yang memiliki rumah dengan ukuran yang lebih kecil, jangan kecewa kerana masih ada cara untuk membuat dekorasi dapur terlihat mewah dan cantik.
Contoh Deko Dapur Cantik
Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3
Contoh 4
Idea Dekorasi Dapur Terbaik
Berikut adalah beberapa idea bagaimana anda boleh menghiasi dapur anda untuk menjadikannya lebih menarik dan menyenangkan.
1. Warna Dapur
Pilihan warna pada ruang dapur anda akan memberikan pengaruh terhadap emosi dan suasana hati anda serta keluarga. Untuk memberikan kesan ruang dapur yang lebih luas pilihlah warna-warna cerah pada dinding dapur.
2. Lampu Bergaya
Faktor pencahayaan memainkan peranan penting dalam mencantikkan dapur anda. Dengan memasang lampu hiasan berhampiran dengan sinki dan ruang bertingkap, ianya akan memberikan impak yang lebih baik pada dapur anda.
3. Backsplash Bercorak
Sekiranya kemasan jubin kosong di dinding dapur, anda boleh hiaskan dinding dengan pelekat backsplash bercorak. Dimana ia akan memberikan penampilan baru pada dapur anda dengan kos yang rendah.
4. Penggunaan Ruang Sebaiknya
Kita perlu manfaatkan ruang dan menyusun atur ruang yang sedia ada dengan sebaiknya. Ini kerana susun atur yang kemas dan teratur dapat memastikan ruang dapur kelihatan lebih besar dan praktikal untuk digunakan.
5. Langsir Kabinet
Penggunaan langsir kabinet juga dapat membantu mencantikkan dapur anda. Pasang langsir kabinet lebih jimat dari buat kabinet. Kebanyakan langsir kabinet ini dijahit cantik dan beralun. Pasang dekat bawah dapur memang akan nampak cantik dan menarik.
6. Rak Terbuka
Ini antara konsep deko dapur yang sangat popular sejak akhir-akhir ini. Untuk konsep open shelf, ia memang cantik dan berbeza dengan konsep rak dapur yang lain. Tapi anda perlu mahir dalam mengatur susunan barang di atas rak tersebut.