Cara Tukar Nombor Telefon Di BSN

Perbankan internet telah diperkenalkan di semua bank di Malaysia, termasuk BSN. BSN atau Bank Simpanan Nasional mempunyai perkhidmatan yang dikenali sebagai BSN Online atau MyBSN. Melalui perkhidmatan ini, pelanggan dapat dengan mudah melakukan transaksi hanya menggunakan smartphone atau komputer riba sahaja.

Proses pendaftaran di bank diperlukan terlebih dahulu bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan BSN Online. Dalam proses ini, anda perlu mendaftarkan nombor telefon bimbit anda bersama dengan kad ATM BSN dan akaun BSN.

Seperti yang kita sedia maklum, nombor telefon bimbit memainkan peranan penting dalam menerima nombor TAC dan OTP semasa membuat transaksi. Oleh itu, pastikan nombor telefon anda sentiasa dikemaskini dan aktif untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Syarat Sebelum Tukar Nombor Telefon BSN

Sebelum anda menukar nombor telefon BSN, berikut adalah beberapa syarat-syarat tertentu yang perlu anda ketahui atau sediakan:

  • Anda perlu hadir sendiri di kaunter BSN dan bukan diwakili oleh orang lain
  • Sila lengkapkan borang untuk mengemaskini nombor telefon BSN anda
  • Sila kemas kini maklumat emel anda sekiranya e-mel berubah
  • Bawa kad pengenalan yang original
  • Bawa kad debit atau kad ATM BSN
  • Pastikan anda mengingat nombor telefon baru dengan baik

Cara Tukar Nombor Telefon Di BSN

Terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk tukar nombor telefon anda di BSN. Antaranya adalah:

1. Tukar No Telefon BSN Online Banking

  1. Layari laman web BSN di https://www.mybsn.com.my/
  2. Log masuk ke akaun BSN anda
  3. Sila cari dan pilih “Pengaturan” atau “Profil”
  4. Tekan pada pilihan “Tukar Nombor Telefon” atau “Tukar Maklumat Hubungan”
  5. Sila masukkan nombor telefon baru anda dan ikuti arahan yang diberikan untuk melengkapkan proses pembayaran
  6. Sila pastikan anda mengesahkan nombor telefon baharu anda dengan mengikuti arahan yang diberikan dalam e-mel atau mesej yang telah dihantar kepada anda
  7. Selesai

2. Tukar No Telefon Di Atm BSN

Sebelum ini, pengguna dapat menukar nombor telefon BSN mereka melalui mesin ATM. Namun, kini pilihan untuk menukar nombor telefon akaun BSN tidak lagi tersedia melalui mesin ATM. Sebagai alternatif, pengguna perlu mengunjungi cawangan BSN untuk melaksanakan proses menukar nombor tersebut.

3. Kemaskini Nombor Telefon BSN Di Cawangan

  1. Pergi ke mana-mana cawangan BSN yang terdekat dengan anda
  2. Ambil nombor giliran
  3. Setelah giliran anda dipanggil, sila berikan kad ATM dan nombor telefon baru anda kepada pegawai bank. Beritahu kepada mereka untuk mengemaskini nombor telefon BSN yang lama atau mendaftarkan nombor telefon baru anda untuk kegunaan BSN Online (MyBSN).
  4. Pegawai bank akan memberikan anda borang yang perlu diisi. Sila lengkapkan borang tersebut dan kemudian serahkan kepada pegawai bank
  5. Pegawai bank akan daftar no telefon BSN Anda
  6. Selesai

Leave a Comment