Cara Tukar Nama Kereta Dengan Mudah

Secara umumnya, kenderaan diidentifikasi dengan menggunakan geran yang merupakan seperti kad pengenalan bagi kenderaan tersebut, dan penama yang terdapat dalam geran adalah pemilik kenderaan tersebut.

Proses tukar nama kereta atau tukar hak milik kenderaan dianggap sukar dan remeh oleh sesetengah individu. Oleh itu, ramai pembeli atau penjual kereta terpakai mengabaikan proses tukar nama kereta selepas proses jual beli dilakukan. Tukar nama kereta adalah penting dilakukan jika anda membeli atau menjual kereta terpakai.

Dalam kata lain, jika anda tidak menukar nama kereta selepas menjualnya, anda masih akan bertanggungjawab penuh terhadap kereta itu jika pembeli menggunakannya untuk melakukan aktiviti jenayah. Oleh itu, pastikan anda menukar nama kereta selepas menjualnya.

Cara Tukar Nama Kereta (Secara Sukarela)

Untuk menukar nama kereta, langkah-langkah berikut akan membantu anda. Ini adalah panduan yang disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di laman Facebook rasmi JPJ Malaysia yang boleh dijadikan rujukan:

1. Selesaikan Bayaran

  • Sebagai pemilik kenderaan, pastikan anda telah menyelesaikan bayaran tertunggak atau baki bayaran sebelum menjual kereta atau motosikal terpakai anda kepada pemilik baru.
  • Pastikan juga semua urusan jual beli dengan pemilik baru kenderaan telah diselesaikan seperti yang telah dipersetujui sebelumnya.

2. Buat Pemeriksaan Puspakom

  • Pemeriksaan kenderaan perlu dilakukan di Puspakom, di mana pemilik asal atau pemilik baru perlu hadir sendiri untuk melakukan pemeriksaan kenderaan.
  • Anda disarankan untuk membuat temujanji terlebih dahulu sebelum menjalani pemeriksaan untuk memudahkan urusan.
  • Janji temu di Puspakom boleh dibuat secara online melalui akaun MyPUSPAKOM
  • Selain itu, anda mempunyai pilihan untuk melakukan pemeriksaan Puspakom di lokasi pilihan anda melalui pemeriksaan bergerak Puspakom.
  • Untuk mengetahui cara menukar nama geran kereta secara online di Puspakom, anda boleh merujuk laman web Puspakom.

Selesai urusan PUSPAKOM, pemilik asal perlu membuat urusan di JPJ.

Urusan di JPJ Tukar Nama (Pemilik Asal)

  • Jika anda pemilik asal kereta, anda perlu hadir ke pejabat JPJ dan membawa dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan dan geran asal kenderaan atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).
  • Isi borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela Oleh Pemunya Berdaftar (JPJ K3). Borang ini memerlukan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan alamat pemilik asal dan pemilik baru.
  • Setelah borang dilampirkan, pihak JPJ akan mengambil cap jari (biometrik) pemilik asal.
  • Apabila selesai, anda akan diberikan satu slip pengesahan. Sila berikan slip ini kepada pemilik baharu untuk urusan pindah milik seterusnya.

Urusan di JPJ Tukar Nama (Pemilik Baharu)

  • Jika anda adalah pemilik baru, anda perlu mengambil perhatian bahawa roadtax dan insurans kereta akan dibatalkan secara automatik selepas pemilik asal melakukan pengesahan cap jari. Oleh itu, disarankan agar anda memperbaharui roadtax dan insurans kereta atas nama anda terlebih dahulu.
  • Setelah selesai, pihak JPJ akan mengeluarkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) dengan pemilikan atas nama anda.
  • Urusan tukar nama kereta anda telah selesai!

Cara Tukar Nama Kereta Online

Pihak JPJ juga ada menyediakan perkhidmatan tukar nama kereta tanpa ke JPJ. Oleh itu, anda juga boleh tukar nama kereta secara atas talian melalui portal MySikap.

1. Daftar Akaun MySikap

Sekiranya anda tidak mempunyai akaun dengan MySikap, anda perlu mendaftarkan akaun anda terlebih dahulu. Melalui portal MySikap ini juga, anda boleh melakukan urusan yang berkaitan dengan:

  1. Pembaharuan dan pembatalan lesen kenderaan motor;
  2. Pindah milik sukarela (JPJ tukar nama online)
  3. Pembaharuan lesen memandu
  4. Permohonan permit memandu antarabangsa
  5. Rayuan lesen memandu tamat tempoh
  6. Semakan saman JPJ

2. Log Masuk Akaun MySikap

Apabila anda telah selesai mendaftar atau sudah mempunyai akaun MySikap, anda hanya perlu log masuk ke akaun tersebut.

1. Proses Tukar Nama Kereta (Pemilik Asal Kereta)

  • Log masuk dan pilih Kenderaan
  • Kemudian, pilih Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan (Pemilik Berdaftar)
  • Masukkan Nombor Plat Kereta dan tekan butang teruskan
  • Maklumat akan dipaparkan – sahkan maklumat kemudian sekali lagi klik teruskan
  • Masukkan alamat e-mel Pendaftar dan Pemilik Baharu
  • Proses Selesai. Simpan resit untuk rujukan anda.

2.Proses Tukar Nama Kereta (Pemilik Baharu)

  • Log masuk dan pilih Kenderaan
  • Seterusnya, pilih Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan (Pemilik Baharu)
  • Masukkan Nombor Plat Kereta dan klik Teruskan;
  • Bagi ruangan Pengisytiharan Kenderaan, pilih Semenanjung dan klik teruskan
  • Isikan maklumat pembayaran dan tekan “Bayar”
  • Sahkan maklumat
  • Cetak resit dan bawa bersama untuk proses selanjutnya di mana-mana cawangan JPJ berdekatan.

Leave a Comment