Mulai 8 Mac 2021, semua permohonan i-Sinar akan diluluskan secara automatik. Kepada pencarum yang tekah membuat permohonan sebelum ini, boleh mula menyemak status pada hari tersebut.
Semakan ini boleh dilakukan secara online pada laman web https://isinar.kwsp.gov.my
Berikut adalah cara semakan secara online.
Cara Semakan i-Sinar KWSP
Layari isinar.kwsp.gov.my
2 menu akan dipaparkan. Klik pada “SEMAK STATUS PERMOHONAN”.
Masukkan nombor kad pengenalan/ mykad pada ruangan tertera dan juga nombor telefon anda.
Jangan lupa ‘tick’ pada kotak “Saya bukan robot”.
Kemudian, klik semak status.
Status permohonan anda akan dipaparkan.
Jika anda belum membuat permohonan i sinar, bolehlah lawati laman web PERMOHONAN I-SINAR KWSP.
Jika anda terdapat sebarang persoalan, boleh lihat soalan lazim dan panduan pengguna yang disediakan oleh KWSP.
Artikel lain, permohonan BPR, semakan BPR mulai 24 Feb 2021.