Dalam zaman yang penuh teknologi ini, pembelian secara dalam talian semakin popular. Tentunya, untuk menghantar barang-barang yang dibeli, perkhidmatan penghantaran sangat diperlukan. Salah satu perkhidmatan penghantaran yang biasanya digunakan adalah Poslaju.
Bagaimana anda boleh memeriksa atau menjejaki lokasi barangan yang anda pesan? Di sini kami akan kongsikan langkah-langkah mudah untuk menyemak nombor tracking poslaju menerusi Track and Trace & Pos Malaysia secara dalam talian & SMS, serta melalui aplikasi telefon mudah alih. Cara ini adalah cara yang paling mudah yang boleh anda gunakan.
Apa Itu Tracking Poslaju?
Pos Malaysia Berhad telah lama membangunkan sistem tracking Poslaju ini untuk mempermudahkan proses mengesan status barangan yang dihantar. Sebelum anda menyemak, pastikan anda mempunyai nombor tracking yang akan diberikan oleh pengirim atau penjual barangan yang anda beli. Nombor tracking ini boleh didapati dalam borang yang diisi oleh pengirim dan mereka juga akan memberikan slip salinan sebagai rujukan anda.
Oleh itu, pastikan anda mempunyai nombor tracking untuk mengelakkan sebarang masalah yang mungkin berlaku semasa proses penghantaran.
Cara Semak Tracking
Terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk menyemak tracking nombor poslaju anda. Antaranya adalah:
1. Semak Guna Poslaju Track & Trace
- layari laman https://www.tracking.my/link/poslaju/
- Masukkan nombor tracking anda diruang yang disediakan
- kemudian, klik pada Track
- Status penghantaran barang anda akan dipaparkan
2. Semak Penghantaran Guna Aplikasi Pos Malaysia
- Sila muat turun aplikasi Pos Malaysia di telefon bimbit anda.
- Buka aplikasi tersebut setelah dimuat turun
- Masukkan nombor tracking anda diruangan yang telah disediakan
- Tekan butang carian untuk melihat status barangan anda.
3. Semak Pos Laju Tracking No Melalui SMS
- Perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas atau SMS juga disediakan khusus bagi pelanggan telco Celcom, Digi dan Maxis
- Taip PL<>Nombor Tracking dan hantarkan ke 33333 Contoh: PL EF4003722890MY
- Anda akan dikenakan caj sebanyak RM0.50 untuk setiap SMS.
Semoga apa yang kami kongsikan ini dapat membantu anda untuk membuat semakan nombor tracking dengan mudah dan pantas. Semoga membantu.