Cara Semak Saman Guna Nombor Plat

Jika anda ingin mengetahui kaedah untuk menyemak saman polis yang masih belum dibayar atau belum sempat anda bayar, jangan risau. Kami akan kongsikan cara yang mudah dan ringkas untuk anda semak saman polis menggunakan nombor plat kenderaan sahaja.

Pada masa kini, kita dengan mudah dapat mengakses segala maklumat dan informasi dengan hanya menggunakan hujung jari. Ini disebabkan oleh kecanggihan teknologi yang memudahkan semua orang.

Cara Semak Saman Melalui Nombor Plat

Terdapat dua cara mudah untuk menyemak saman menggunakan nombor plat kenderaan kita iaitu dengan hanya melalui kaedah berikut :

  • Khidmat pesanan ringkas (SMS)
  • Secara online di laman web

1.Semak Saman (Guna SMS)

PDRM telah menyediakan perkhidmatan yang mesra pengguna dan mudah diakses untuk membolehkan para pengguna menyemak status saman yang dikenakan ke atas kenderaan mereka. Ini memudahkan para pengguna untuk mengetahui saman yang perlu dijelaskan.

Ada 2 jenis cara semakan melalui sms ini iaitu :

1.Check Saman PDRM Secara Ringkas SMS

  • Taip POLIS <jarak> no kad pengenalan atau no plat kenderaan
  • Hantar SMS ke 32728 atau 12888

Contoh:

  • POLIS 920211245060
  • POLIS XX653 

2.Check Saman PDRM Secara Terperinci SMS

  • Selain daripada menggunakan saluran pesanan ringkas, anda boleh memohon untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai saman anda melalui e-mel. Butiran saman yang lengkap akan dihantar kepada anda melalui alamat e-mel yang anda berikan.
  • Taip POLIS <jarak> SAMAN <jarak> no kad pengenalan atau no plat kenderaan <jarak> alamat email
  • Hantar SMS ke 32728

Contoh:

  • POLIS SAMAN 920211245060 hello@gmail.com
  • POLIS SAMAN XX653 hello@gmail.com

2. Semak Saman No Plat Melalui Online

Berikut adalah kaedah untuk memeriksa saman PDRM menggunakan nombor plat secara dalam talian.

1.Check saman PDRM melalui Portal MyBayar

  • Layari laman web rasmi Mybayar melalui pautan yang disediakan Mybayar.com
  • Pengguna baru dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu dengan menekan butang “daftar”. Setelah mendaftar, kembali ke halaman utama untuk memulakan semakan saman.
  • Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan
  • Tekan butang Log Masuk
  • Anda telah berjaya log masuk sistem MyBayar Saman.
  • Semak paparan Saman Belum Jelas
  • Sila periksa nilai Jumlah saman yang disenaraikan
  • Sila pilih saman yang ingin anda selesaikan.
  • Sila pilih cara pembayaran sama ada menggunakan FPX atau Kad Kredit.
  • Teruskan proses pembayaran sehingga selesai.
  • Seterusnya, pastikan anda memuat turun resit pembayaran sebagai rujukan.
  • Sila semak emel anda untuk memuat turun salinan resit bayaran.

Leave a Comment