Bagi pengguna perkhidmatan Digi, cara untuk menyemak baki Digi sebenarnya sangat mudah dan ringkas. Mungkin ada sesetengah pengguna digi masih belum memahami dengan betul bagaimana untuk menyemak baki kredit dan baki data internet mereka. Menyemak baki internet adalah sangat penting untuk memastikan akaun mereka kekal aktif.
Perbezaan antara Digi Postpaid dan Digi Prepaid terletak pada kaedah pembayaran yang digunakan. Digi Postpaid menggunakan kaedah pakai dahulu baru bayar di mana penggunaan dicaj melalui bil bulanan. Sementara itu, untuk Digi Prepaid menggunakan kaedah bayar dahulu baru pakai, di mana pengguna perlu melakukan topup akaun mereka sebelum menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan..
Cara Semak Baki Digi Prepaid
Terdapat beberapa cara mudah untuk memeriksa baki Digi prepaid. Anda boleh memilih salah satu cara berikut.
1.Semakan Melalui Aplikasi MyDigi
Pihak Digi telah memperkenalkan aplikasi MyDigi ini kepada pengguna Digi sama ada mereka pengguna pelan Postpaid atau Prepaid. Untuk memuat turun aplikasi MyDigi, anda boleh menggunakan Google Play bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguna iOS.
Setelah dimuat turun, anda boleh log masuk ke akaun anda dan aplikasi tersebut akan memaparkan baki kredit prepaid anda. Terdapat pelbagai kemudahan yang ditawarkan oleh aplikasi MyDigi kepada pengguna pelan Prepaid iaitu :
- Semakan baki kredit
- Penggunaan data
- Reload kredit
- Reload data internet
- Lain-lain Fungsi
2.Semakan Melalui portal Digi
Semakan baki kredit Digi boleh dilakukan melalui portal Customer Service Digi sendiri dengan mengikuti langkah-langkah berikut :
- Layari laman web https://www.digi.com.my/
- Pilih MyDigi pada bahagian kanan atas
- Masukkan nombor telefon, emel dan password anda
- Bagi pengguna baru, klik Register terlebih dahulu
- Apabila anda berjaya log masuk, anda boleh melihat butiran akaun anda dan baki Digi anda pada dashboard.
3.Semakan Melalui Dial Up
Merupakan salah satu kaedah paling mudah untuk menyemak baki kredit prepaid anda iaitu dengan membuat panggilan terus ke nombor *126#.
Namun begitu, panggilan tersebut hanya berfungsi jika anda membuat panggilan terus ke nombor Digi sahaja.
Cara Semak Baki Data Internet Digi
Anda boleh semak baki kuota internet anda dengan mudah melalui aplikasi MyDigi atau kod UMB.
1.Melalui Aplikasi MyDigi
- Muat turun aplikasi MyDigi di telefon anda.
- Pilih pada pautan iOS atau Android
- Buka aplikasi MyDigi
- Di halaman utama, jumlah penggunaan serta baki kuota internet akan dipaparkan
- Untuk semak baki kuota internet menggunakan aplikasi ini, anda memerlukan sambungan internet
2.Melalui Kod UMB
- Dail *128*3*6#
- Jumlah penggunaan serta baki kuota internet anda akan tertera di halaman utama.
- Kaedah ini tidak memerlukan penggunaan internet untuk menyemak baki kuota internet.