Cara Permohonan Mykid Di JPN

Untuk pasangan yang baru menimang cahaya mata yang masih belum berjaya mendapatkan kad pengenalan MyKid untuk bayi mereka. Di sini kami akan kongsikan cara-cara mudah untuk membuat permohonan MyKid di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Apa Itu Mykid ?

MyKid adalah kad pengenalan atau pengenalan diri bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun. MyKid memiliki ciri-ciri yang sama dengan My Kad, namun ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

Maksud “My” dalam MyKid adalah “Malaysia,” sementara “Kid” merupakan singkatan bagi “Kad Identiti Diri”. Nombor pengenalan diri yang terdapat dalam MyKid ini akan digunakan dalam semua urusan dari lahir hingga akhir hayat.

Terdapat tiga aplikasi utama yang terkandung dalam cip MyKid, iaitu:

  • Aplikasi JPN (data kelahiran)
  • Maklumat kesihatan
  • Maklumat pendidikan

Cara Permohonan Mykid Di JPN

MyKid boleh dipohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun.

Berikut adalah cara-caranya :

  • Boleh membuat permohonan dengan datang ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pastikan ibu bapa membawa dokumen yang diperlukan seperti berikut:
    • Sijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal)
    • Dokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)
      • Salinan IC bapa
      • Salinan IC ibu
    • Salinan asal Sijil Nikah / Sijil Lahir
  • Sila ke kaunter untuk mendapatkan nombor giliran dan sijil lahir asal bayi akan diminta oleh pihak JPN.
  • Pihak JPN akan memberi kertas untuk diserahkan di kaunter yang ditetapkan.
  • Tunggu nama anda dipanggil

Untuk permohonan Mykid tiada bayaran yang dikenakan

Cara Semak Status Online

Ibu bapa boleh membuat semakan status Mykid secara online melalui pautan http://semakan.jpn.gov.my/

Kelebihan MyKid

Terdapat beberapa kelebihan Mykid iaitu:

  1. Penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta dapat dikurangkan
  2. Ia digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik untuk pemeriksaan kesihatan, proses pendaftaran di sekolah, dan lain-lain.
  3. Mudah untuk dibawa
  4. Ia mempunyai ciri keselamatan yang bertujuan untuk mengelakkan daripada disalahgunakan.
  5. Ia dilengkapi dengan teknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip tersebut. Selain itu, maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.

Leave a Comment