Untuk memudahkan urusan transaksi harian anda, anda disyorkan untuk membuat permohonan penggantian kad debit baru sekiranya kad ATM/debit anda mengalami kerosakan, kecurian atau tamat tempoh.
Jika kad tersebut tidak diperbaharui dengan segera, anda tidak akan dapat membuat sebarang transaksi seperti pengeluaran wang di mesin ATM. Oleh itu, anda disarankan untuk segera membuat kad baru untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
Kini, penukaran kad bank dapat dilakukan secara dalam talian dan anda tidak perlu lagi beratur di bank. Bukan itu sahaja, penukaran kad Maybank yang tamat tempoh juga boleh dilakukan di Kiosk.
Cara Tukar Kad Maybank
Tedapat dua cara yang boleh anda gunakan untuk memperbaharui kad maybank anda yang expired iaitu :
- Tukar Kad Maybank Online
- Tukar Kad Maybank Di Kiosk
- Tukar Kad Maybank Di Cawangan
1. Cara Tukar Kad Maybank Online
Berikut adalah langkah-langkah untuk menukar kad anda secara dalam talian :
- Layari laman web Maybank2u
- Masukkan username anda dan tekan Login.
- Pastikan semak security phrase anda betul atau tidak dan tekan YES.
- Masukkan Password anda dan tekan Login
- Seterusnya, pilih menu Personal.
- Pilih menu CARDS.
- Pada paparan berikutnya, tekan Debit Card – Replace, Activate & Block.
- Tekan pada menu tiga titik hitam, pilih Replace Card.
- Masukkan alamat penuh anda (Alamat ini adalah untuk penghantaran kad baru anda).
- Sahkan persetujuan anda terhadap terma dan syarat dan tekan “Tukar Kad”
- Seterusnya, klik Request TAC dan masukkan nombor yang akan dihantar ke nombor telefon yang telah anda daftarkan.
- Akhir sekali, anda akan menerima notifikasi mengenai penukaran kad anda dan tarikh penghantaran kad baru tersebut.
2. Cara Tukar Kad Maybank Di Kiosk Maybank
Jika anda ingin kad baru dapat cepat, pilihan yang boleh diambil adalah dengan mengunjungi kiosk Maybank. Di kiosk ini, kad baru dapat diperoleh dalam beberapa minit sahaja dengan hanya cari mesin Express Debit Card Replacement Kiosk untuk menukar kad anda.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan.
- Masukkan kad bank anda.
- Tekan nombor pin.
- Pilih jenis kad baru yang anda inginkan.
- Masukkan kad pengenalan anda.
- Seterusnya, letakkan ibu jari anda.
- Tunggu beberapa minit, kad baru anda akan keluar dari mesin Kiosk.
3. Cara Tukar Kad ATM Maybank Di Cawangan
Selain tukar kad secara online dan Kiosk Maybank, anda juga boleh tukar Kad ATM Maybank anda melalui cawangan Maybank dengan mengikuti langkah-langkah di bawah ini :
- Anda perlu pergi cawangan Maybank yang terdekat.
- Pastikan anda membawa kad pengenalan dan kad ATM debit lama beserta duit RM12.
- Ambil nombor giliran.
- Anda perlu menunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil.
- Sekiranya nombor giliran anda dipanggil, sila maklumankan kepada pegawai bank bahawa anda ingin menukar kad ATM lama dengan yang baru.
- Anda akan diminta untuk mengisi borang permohonan tukar kad.
- Anda hanya perlu menunggu beberapa minit sahaja, dan kad anda akan selesai ditukar.