Pada masa kini, pengguna diberikan kebebasan dalam penggunaan apl seperti Apple Pay dan Google Pay untuk membeli belah. Anda tidak lagi perlu membawa dompet, kad kredit dan kad debit untuk membuat pembayaran. Sebagai gantinya, anda boleh menggunakan aplikasi Google Pay sebagai kaedah pembayaran anda yang mudah dan praktikal.
Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi sedikit maklumat penting tentang Google Pay yang dapat membantu anda membuat keputusan sama ada ia sesuai atau tidak sebagai perkhidmatan untuk anda.
Apa Itu Google Pay ?
Google Pay adalah satu kaedah pembayaran secara digital. Ia merupakan sebuah perkhidmatan yang membolehkan pengguna untuk membeli produk. Fungsi Google Pay adalah untuk memudahkan masyarakat membuat pembelian tanpa tunai. Aplikasi ini menyediakan perkhidmatan yang serasi dengan cip NFC yang membolehkan pengguna melakukan transaksi dengan mudah.
Google pay juga menawarkan Kelebihan dari segi pembayaran tanpa sentuh dan tanpa penggunaan kad fizikal seperti MasterCard atau Debit Kad. Selain itu, Google Pay boleh diakses melalui gedung Google Play pada telefon Android anda.
Cara Register Google Payment
Berikut adalah cara-cara mudah untuk register google payment di telefon anda.
- Aplikasi Google Pay perlu dimuat turun oleh pengguna melalui Google Apps Store atau Play Store.
- Pengguna perlu klik pada butang “Register”
- Seterusnya, masukkan email dan kata laluan google
- Isi maklumat yang diperlukan
- Selesai Register, pengguna boleh menggunakan aplikasi tersebut di kedai-kedai atau secara atas talian yang membenarkan transaksi bayaran melalui Google Pay.
Cara Guna Google Payment
Ketika ini, perkhidmatan pembayaran secara digital semakin popular kerana ia menawarkan tahap keselamatan yang lebih tinggi kepada pengguna. Dengan menggunakan teknologi NFC, Google Pay memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran secara atas talian atau secara langsung di kedai yang menerima jenis pembayaran tersebut.
Oleh itu, mungkin ada dikalangan anda yang tidak tahu bagaimana untuk menggunakan Google Payment. Untuk itu, kami akan berkongsi dengan anda langkah-langkah mudah dalam menggunakan Google Payment ini.
Berikut adalah cara-caranya :
- Pengguna perlu linkkan kad bank pengguna ke dalam aplikasi Google Pay untuk membuat transaksi tanpa tunai secara atas talian.
- Setelah itu, wang akan ditolak daripada bank yang sudah dilinkkan.
- Apabila membuat pembayaran digital di kedai fizikal yang menerima Google Pay, kad bank yang telah dilinkkan dalam aplikasi Google Pay boleh digunakan dengan menap pada mesin pembayaran.
- Seterusnya, senarai pembelian atau transaksi yang telah dibuat juga akan tersenarai.
Kelebihan Menggunakan Google Payment
Antara kelebihan yang diperoleh daripada penggunaan Google Payment ini adalah seperti berikut:
- Merupakan cara pembayaran yang memudahkan pengguna tanpa perlu membawa duit tunai.
- Menawarkan perkhidmatan pembayaran yang terbaik daripada Google.
- Semua transaksi yang dilakukan melalui Google Pay akan tersenarai dalam aplikasi tersebut untuk kemudahan pengguna.
- Pengguna dapat mengetahui transaksi yang telah mereka lakukan dan jumlah wang yang telah mereka belanjakan.
- Google Pay juga merupakan pilihan terbaik sebagai pengganti aplikasi e-wallet lain seperti GrabPay, ShopeePay, Boost, TNG eWallet, dan banyak lagi.