Cara Pendaftaran ASB Online

Zaman sekarang, segala-galanya boleh dilakukan dengan mudah hanya dihujung jari termasuk pendaftaran untuk perkara-perkara tertentu yang boleh dilakukan secara dalam talian. Begitu juga dengan pendaftaran ASB.

Bagi pengguna Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), portal myASNB atau ASB online telah diperkenalkan. Dengan adanya portal myASB ini, pengguna kini tidak perlu lagi menunggu panjang untuk menunggu giliran untuk menyimpan, menyemak dividen, menambah pelaburan ataupun menyemak baki pelaburan. Kini anda boleh melakukannya di mana-mana sahaja dan pada bila-bila waktu yang anda inginkan.

Oleh itu, di sini kami akan kongsikan kepada anda cara mudah untuk membuat pendaftaran ASB online yang dapat memudahkan urusan anda. Semoga membantu

Cara Daftar ASB Online

Anda boleh membuka ASB secara online melalui aplikasi myASNB. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyASNB ini di Playstore dan App Store.

  1. Layari laman web myASNB di https://www.myasnb.com.my/
  2. Sila klik ‘Daftar di sini’
  3. Setelah klik daftar, fahamkan terma dan syarat (T&C) dan tandakan pada kotak sekiranya anda bersetuju dengan terma dan syarat.
  4. Isikan maklumat akaun ASNB anda seperti yang tertera di skrin
  5. Tekan “Seterusnya”
  6. Sahkan nombor telefon bimbit anda seperti yang didaftarkan dengan ASN, kemudian klik “Request TAC”
  7. Seterusnya masukkan no TAC yang diterima
  8. Cipta akaun portal myASNB
    • Tentukan Username atau ID Pengguna anda    
    • Masukkan Frasa Selamat    
    • Pilih TIGA soalan keselamatan dan masukkan jawapan yang berkenaan    
    • Klik ‘Tamat’ untuk melengkapkan pendaftaran

Login myASNB Kali Pertama

Berikut adalah langkah-langkah untuk login myASNB.

  1. Klik ‘Log masuk’ di laman web myASNB
  2. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan sementara
  3. Kemudian, sistem akan meminta anda supaya menukar kata laluan yang baru.
  4. Kemaskini dan tukar kata laluan untuk tujuan keselamatan.
  5. Seterusnya, log masuk semula menggunakan kata laluan yang baru
  6. Selesai

Perkhidmatan Yang Disediakan

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa pekhidmatan yang disediakan dalam MyASNB. Antaranya adalah:

  • Pertanyaan butiran pegangan semasa
  • Melihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari
  • Pelaburan tambahan
  • Kemaskini maklumat peribadi

Leave a Comment