Cara Mudah Daftar AdSense Youtube

Pengetahuan tentang cara mendaftar Google AdSense YouTube adalah sangat penting bagi para YouTuber. Terutama jika menjadi YouTuber adalah salah satu sumber pendapatan utama. Selain dari mencipta karya, anda boleh menjana pendapatan dalam talian dengan menggunakan iklan Google AdSense. Caranya ialah dengan meletakkan iklan AdSense di laman web atau video YouTube anda.

Apa itu Google AdSense

Google AdSense merupakan program pengiklanan yang disediakan oleh Google. Melalui program ini, pemilik laman web dapat menayangkan iklan teks, imej, video, atau media interaktif yang ditargetkan kepada kandungan khusus atau secara umum.

Pendapatan boleh diperoleh oleh pemilik website atau video melalui setiap klik iklan atau paparan iklan yang ditonton oleh pembaca laman web atau penonton video anda.

Cara Daftar Google Adsense

Di sini kami akan kongsikan cara-cara mudah untuk mendaftar google AdSense yang boleh dijadikan rujukan oleh anda.

  1. Pastikan anda telah memiliki akaun Gmail terlebih dahulu. Jika belum, sila daftar akaun
  2. Buka laman Google Adsense di https://adsense.google.com/start/
  3. Kemudian, klik “Get Started”
  4. Sila gunakan akaun Gmail anda untuk log masuk.
  5. Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti:
    • Maklumat website
    • Negara
  6. Klik pada  kotak persetujuan Terma dan Syarat
  7. Sila klik “Start Using Adsense”

Cara Aktifkan Adsense Youtube

Jika anda aktif sebagai Youtuber, anda boleh mendaftar Google Adsense untuk memulai menghasilkan pendapatan dengan mengikuti cara-cara berikut:

  1. Buka laman Youtube
  2. Sila klik pada ikon nama anda yang terletak di sudut kanan halaman youtube
  3. Tekan pada Youtube Studio
  4. Kemudian, klik pada “Monetisation”
  5. Seterusnya, Klik butang START kad Sign Up untuk mendaftar ke Google AdSense
  6. Masukkan kata laluan akaun YouTube
  7. Sila pilih akaun Google yang anda ingin gunakan untuk AdSense
  8. Lengkapkan tetapan akaun anda dengan memberikan maklumat diri anda dan kemudian hantar permohonan untuk akaun AdSense anda
  9. Anda akan menerima makluman dari AdSense melalui e-mel apabila akaun anda diluluskan. Proses ini mungkin mengambil beberapa hari sebelum anda menerima pengesahan.

Syarat Layak AdSense Untuk Youtube

Mesti anda tertanya-tanya apa syarat layak Adsense untuk Youtube. Untuk makluman anda, anda perlu mencapai syarat minimum YPP iaitu 1000 pelanggan (subscribers) dan 4000 jam tontonan (views). Selama anda belum mencapai syarat minimum ini, anda tidak akan memenuhi kelayakan untuk menggunakan AdSense.

Leave a Comment