Cara Mohon SBBU 2022 . Untuk makluman, SBBU merupakan skim kebajikan yang diberikan dalam bentuk kewangan atau peralatan sokongan kepada anggota atau ahli keluarga terdekat yang menghidap sebarang penyakit atau kecederaan yang dihadapi.
Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan ini juga dapat membantu keluarga anggota dalam menguruskan pembiayaan bantuan perubatan yang diperlukan bagi merawat anggota terbabit.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan bagi skim sumbangan ini telah dibuka bermula 1 Mac 2022 dan akan ditutup pada awal bulan April iaitu 1 April 2022
Syarat Kelayakan
Syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan skim seumbangan ini adalah :
- Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera sahaja.
- Berkhidmat sebagai anggota Koperasi Tentera selama 3 tahun dan ke atas.
- Menamatkan keanggotaan Koperasi Tentera dalam tempoh permohonan.
- Bagi permohonan suami dan isteri
- Keutamaan diberikan kepada anggota atau ahli keluarga terdekat ( isteri/suami/ibu/bapa/anak) yang menghadapi penyakit kronik berlarutan.
- Permohonan terhad hanya seorang sahaja pesakit yang layak memohon dalam satu keluarga.
Cara Mohon SBBU 2022
Cara mohon SBBU 2022 , boleh ikuti langkah-langkah bagi membuat permohonan skim bantuan ini iaitu :
- Muat turun borang permohonan di pautan =
- Isi borang permohonan yang diberikan dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan bersama dokumen yang diperlukan ke alamat berikut :
Koperasi Tentera
Wisma Koperasi Tentera
No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur
(Untuk Perhatian : Projek Khas Keanggotaan)
Dokumen Yang Diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan tersebut adalah :
i.) Pemohon
- Salinan MyTentera (Anggota ATM)
- Salinan MyKad (Awam/Pesara)
- Salinan Surat Pengesahan Akaun Bank
ii.) Pesakit
- Salinan MyKad
- Surat Perubatan Terkini dari Hospital / Klinik
- Salinan Kad Kebajikan OKU (Bagi Pesakit OKU)
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai SBBU, sila hubungi Koperasi Tentera di talian 1-300-8000-58 atau boleh terus kunjungi cawangan Koperasi Tentera yang berhampiran.
Soalan Lazim
Bolehkah orang awam memohon permohonan ini ?
Tidak.
Bilakah tarikh tutup permohonan?
1 April 2022