Cara Log Masuk MyEG – Semakan dan Perkhidmatan

Dengan kemajuan teknologi, kini anda boleh melaksanakan pelbagai urusan dengan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia, dan banyak lagi hanya melalui portal atau aplikasi MyEG.

Bagi mereka yang ingin memeriksa atau membayar saman secara atas talian tanpa perlu pergi ke balai polis atau JPJ, kini anda boleh mendaftar dan log masuk melalui MyEG sahaja. Melalui cara ini, anda dengan mudah dapat mengurus hal berkaitan saman hanya secara online.

Berikut dikongsikan cara untuk menggunakan portal MyEG ini.

Apa Itu MyEG ?

MyEG merupakan salah satu portal atas talian yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memberikan servis-servis terpilih kepada rakyat Malaysia.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan melalui MyEG ini adalah seperti berikut:

  1. Pembaharuan lesen memandu
  2. Semak saman trafik PDRM
  3. Semakan resit cukai jalan
  4. Semakan status bankrap
  5. Semakan status pembantu rumah
  6. Pembaharuan roadtax
  7. Pembaharuan insuran kereta
  8. Pembaharuan Permit Pekerja Asing
  9. Penggantian MyKad
  10. Perkhidmatan Tambah Nilai Atas Talian
  11. 1MID (1 Malaysia Identification)
  12. Sistem Tukar Milik Sementara (STMS)
  13. Sistem Tukar Milik Sukarela (STMSR)
  14. Perisian Perakaunan MYEG-GST
  15. …. dan banyak lagi.

Cara Daftar MyEG

Berikut adalah langkah-langkah untuk daftar MyEG.

  1. Layari laman web MyEG
  2. Klik pada Register
  3. Klik pada “Create Account” untuk daftar baru
  4. Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan
  5. Sila cipta Username dan Password untuk login MyEG.
  6. Masukkan email anda dan lengkapkan First Name dan Last Name
  7. Seterusnya, sila lengkapkan maklumat lain yang diperlukan
  8. Klik CAPTCHA “I’m not a robot
  9. Tekan butang SUBMIT dan pendaftaran MyEG selesai

Cara Log Masuk MyEG

Untuk log masuk MyEG anda hanya perlu ikuti langkah-langkah seperti di bawah.

  1. Layari laman web MyEG : https://www.myeg.com.my/
  2. Kemudian, pada ruangan Eservices/1MID Username, masukkan username
  3. Setelah itu, pada ruangan Password, masukkan password akaun anda
  4. Tekan butang Login
  5. Kini anda boleh membuat semakan saman dan membayar saman dengan hanya secara atas talian.

Semoga perkongsian ini dapat membantu memudahkan urusan anda. Semoga bermanfaat.

Leave a Comment