Cara Elak Kucing Berak Depan Rumah

Bagi penggemar kucing, pasti anda merasa tertekan apabila terus-menerus perlu membersihkan kencing dan tahi kucing yang berselerak di halaman rumah. Tidak hanya kucing peliharaan kita, terkadang kucing liar juga sering buang air besar di halaman rumah yang menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.

Bukan itu sahaja, lebih menyedihkan apabila kucing itu terus kembali ke tempat yang sama dan meninggalkan “tanda” walaupun kawasan tersebut sudah dibersihkan dari najis sebelumnya.

Jika anda sudah tidak tahan dengan situasi tersebut, kami ingin berkongsi beberapa petua atau tips yang boleh membantu anda untuk mengelakkan kucing membuang di halaman anda.

Tips Elak Kucing Berak Merata

Terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mencegah kucing anda atau kucing liar daripada membuang air besar sembarangan di halaman rumah anda.

1. Taburkan Aroma Yang Tidak Disukai Oleh Kucing

Mencari tempat untuk meninggalkan tanda adalah sifat semulajadi bagi kucing. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk menghentikan tabiat tersebut ialah dengan menyebarkan aroma yang tidak disukainya. Anda boleh gunakan aroma seperti lavender, pudina, atau kayu manis. Hal ini disebabkan oleh kucing sensitif terhadap bau tersebut.

Anda boleh memilih salah satu aroma ini dan mencampurkannya dengan air sebelum menuangkannya ke kawasan halaman anda. Walaupun bau tersebut tidak akan bertahan lama, cara ini adalah jimat dan tidak membahayakan kucing.

2. Kulit Limau

Anda boleh memotong kulit buah limau atau lemon secara halus dan meletakkannya di sekeliling halaman anda. Bau asid dan menyengat daripada limau atau lemon tidak disukai oleh kucing. Untuk mendapatkan kesan yang lebih berkesan, perah air buah tersebut ke lantai atau rumput.

Cara elak kucing berak sembarangan

3. Serbuk Pencuci Baju

Serbuk pencuci baju pun boleh digunakan untuk menghalau kucing dari membuang najis di rumah anda. Caranya mudah, anda hanya perlu menaburkan serbuk pencuci baju di kawasan yang tidak terkena air untuk mengelakkan lantai menjadi licin.

Cara elak kucing berak di halaman rumah

4. Ubat Halau Kucing

Selain ubat gegat, terdapat ubat khas yang memang dicipta untuk menghalau kucing. Anda boleh membelinya secara online atau mencarinya di pasaraya yang menjual pelbagai barang.

Cara untuk guna ubat ini sangat senang. Ambil ubat khas tersebut dan letakkan pada tempat-tempat yang sering kucing lalu. Walau ubat tersebut berbentuk seperti coklat, tetapi ingatlah jangan sekali-kali mencubanya.

Cara elak kucing berak di halaman rumah

5. Air Cuka

Untuk menghilangkan kesan yang ditinggalkan oleh kucing dan mencegahnya daripada datang kembali untuk “melepas”, anda boleh mencampurkan air dan cuka dalam botol spray, kemudian menyemburkannya pada tempat yang telah dibersihkan sebelum ini. Bau masam cuka tersebut akan membantu menghilangkan kesan dan menghalang kucing daripada kembali.

6. Serai Wangi

Serai wangi juga dikenali sebagai penolak haiwan dan serangga yang berkesan. Kucing memang tidak menyukai bau serai, jadi anda boleh membeli produk yang mengandungi serai wangi atau serai sebagai bahan utamanya. Setelah itu, semburkan produk tersebut di kawasan yang sering kucing lalui untuk melepaskan hajat.

7. Air Clorox (Peluntur)

Anda juga boleh menggunakan air clorox untuk mengelakkan kucing berak merata. Hal ini kerana, kucing tidak menyukai bau peluntur yang kuat. Namun, mungkin si bulus akan datang dan membuang di kawasan lain. Oleh itu, jika anda rajin, disarankan untuk menyediakan jumlah air peluntur yang mencukupi dan membersihkan semua kawasan dengan teliti.

Cara elak kucing berak di depan rumah

Leave a Comment