Aplikasi GrabFood tentunya sudah tidak asing lagi bagi anda. Dengan adanya kemudahan yang diberikan, anda tidak perlu keluar rumah untuk menikmati dan membeli makanan yang sedap. Cukup dengan sekali klik, makanan akan dihantar ke rumah anda oleh rider dari GrabFood. Sangat memudahkan dan menjimatkan masa anda.
Mungkin ada di antara kita yang berminat untuk mencari peluang sebagai rider GrabFood. Jika anda ingin tahu bagaimana untuk mendaftar sebagai rider GrabFood, jangan risau. Di sini kami akan berkongsi cara yang boleh anda lakukan untuk menjadi rider GrabFood.
Apa Itu GrabFood ?
GrabFood merupakan perkhidmatan penghantaran makanan diantara pelanggan dan pengusaha restoran atau gerai makanan yang dibawa terus ke rumah pelanggan. Jadi, apabila makanan dipesan oleh seorang pelanggan melalui aplikasi GrabFood, pesanan tersebut akan dihantar ke restoran dan seorang rider akan diminta untuk mengambil dan menghantarkan makanan tersebut ke alamat yang dinyatakan. Tugas rider GrabFood adalah melakukan pengambilan dan penghantaran makanan tersebut.
Syarat Untuk Daftar Rider GrabFood
Antara syarat-syarat kelayakan bagi menjadi rider GrabFood adalah seperti berikut:
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Warganegera Malaysia
- Kemampuan menunggang motosikal (Lesen L tidak dibenarkan)
- Mesti mempunyai telefon pintar yang berfungsi (iOS atau Android)
- Tidak mempunyai akaun GrabFood, GrabExpress, GrabCar, atau GrabTaxi sedia ada
- Tidak ada rekod jenayah
- Mempunyai motorsikal sendiri
Cara Daftar Rider GrabFood
- Boleh membuat pendaftaran secara online melalui https://www.grab.com/
- Jenis perkhidmatan hendaklah dipilih pada butang ‘Bike’
- Klik ‘Register Now’
- Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan. Kemudian, klik sign up
- Anda akan diminta untuk memasukkan kod pengesahan. Kod yang dihantar ke nombor telefon yang anda daftarkan
- Sila muat naik yang diperlukan dan lengkapkan dokumen tersebut
- Setelah itu, anda akan melihat terma dan syarat untuk menjadi GrabFood rider. Sila klik butang tanda terima dan bersetuju dengan terma tersebut
- Selesai pendaftaran sebagai rider GrabFood
Kelebihan Menjadi Rider GrabFood
- Pendapatan sehingga RM700/minggu boleh dijana.
- Pendapatan boleh dikeluarkan setiap hari dan waktu bekerja adalah fleksibel.
- Perlindungan kemalangan jalan raya peribadi disediakan secara PERCUMA.