Cara Daftar FoodPanda

Untuk anda yang mempunyai perniagaan makanan sama ada berasaskan restoran atau di rumah. Anda boleh meluaskan lagi capaian perniagaan makanan anda dengan mendaftar sebagai FoodPanda Merchant @ Partner secara online melalui Aplikasi FoodPanda yang semakin popular di Malaysia.

Apa Itu FoodPanda

FoodPanda semakin terkenal di Malaysia yang merupakan servis penghantaran makanan pihak ketiga. Ia menyediakan kemudahan penghantaran makanan dari pelbagai jenis makanan ke pintu rumah anda dengan cara yang pantas dan mudah.

Cara FoodPanda Merchant Berfungsi

  • Alamat penghantaran dimasukkan oleh pelanggan melalui aplikasi atau laman web dan restoran terdekat dipilih oleh mereka.
  • Pesanan diterima oleh restoran melalui tablet yang disediakan oleh FoodPanda dan memulakan persiapan makanan untuk waktu yang telah ditetapkan.
  • Pesanan akan diambil dan dihantar oleh Pemandu FoodPanda pada masa yang sesuai dalam tempoh 30 minit selepas pesanan dibuat oleh pelanggan.
  • Anda akan dibayar oleh FoodPanda setiap minggu untuk pesanan yang anda terima, selain menerima laporan prestasi mengenai pencapaian anda dalam FoodPanda.

Syarat Daftar FoodPanda untuk Restoran

Berikut adalah senarai syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh sesiapa yang ingin mendaftar sebagai FoodPanda Merchant:

  • Lesen perniagaan diperlukan bagi peniaga untuk menjalankan operasi mereka.
  • Operasi peniaga harus dilakukan tidak kurang daripada 4 hari dalam seminggu.
  • Peniaga mesti beroperasi tidak kurang daripada 4 jam setiap hari.
  • Peniaga perlu beroperasi di lokasi tetap yang telah didaftarkan dengan FoodPanda..
  • Peniaga mesti mempunyai SSM.

Cara Daftar FoodPanda

Anda mungkin ingin tahu bagaimana untuk mendaftar sebagai FoodPanda Merchant. Berikut adalah cara-cara untuk melakukannya.

  1. Layari laman web https://www.foodpanda.my/
  2. Kemudian, anda scroll ke bawah sehingga jumpa bahagian yang tertulis List your Restaurant on FoodPanda.
  3. Cari dan tekan “Get Started”
  4.  Tekan “Sign up now”
  5. Seterusnya, pilih kategori Restoran “Home Based Kitchen”
  6. Masukkan nama restoran anda
  7. Isi bahagian First Name, Last Name, Contact Number dan Email dengan maklumat yang lengkap
  8. Pilih anggaran harga
  9. Muat naik menu anda
  10. Kemudian, klik Submit Form
  11. Pendaftaran anda berjaya. Selesai

Lokasi FoodPanda Merchant

Lokasi-lokasi yang sesuai untuk menjadi FoodPanda Merchant (Partners) bagi peniaga makanan adalah seperti berikut.

  • Perak.
  • Perlis.
  • Sabah.
  • Kedah.
  • Kelantan.
  • Melaka.
  • Pahang.
  • Selangor & Kuala Lumpur (FoodPanda Merchant untuk Klang Valley).
  • Pulau Pinang.
  • Terengganu.
  • Negeri Sembilan – Seremban.
  • Sarawak – Kuching, Sibu, Bintulu, Miri.
  • Johor – Johor Bahru.

Leave a Comment