Data setiap pelajar di sekolah direkodkan dan dipantau secara berkala untuk memantau kehadiran, prestasi, dan keadaan pelajar. Kehadiran pelajar di sekolah adalah sangat penting. Tujuannya adalah untuk memantau prestasi dan keadaan pelajar sama ada mereka berada dalam keadaan baik atau memerlukan bantuan tindakan disiplin oleh pihak sekolah demi memastikan pembelajaran mereka terjaga dan tidak tercicir. Apabila pelajar tidak dapat hadir ke sekolah disebabkan alasan tertentu, pihak sekolah memerlukan surat cuti sekolah sebagai makluman.
Untuk memastikan rekod kehadiran pelajar berada dalam keadaan yang baik, ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab mengemukakan surat rasmi tidak hadir sekolah beserta surat cuti sakit dari doktor atau surat yang menjelaskan sebab ketidakhadiran anak sebagai bukti kepada guru kelas.
Dalam artikel ini, kami akan memberikan contoh-contoh cara buat surat rasmi tidak hadir ke sekolah yang boleh dijadikan panduan ibu bapa.
Situasi Yang Memerlukan Surat Cuti Sekolah
Berikut merupakan beberapa alasan mengapa seorang pelajar mungkin tidak dapat hadir ke sekolah:
- Sakit/tidak sihat
- Masalah pengangkutan ke sekolah
- Kematian/perkahwinan
- Balik kampung bersama keluarga
- Pelbagai lagi alasan yang munasabah
Format Surat Rasmi
Surat cuti sekolah ini ditulis dalam format rasmi kerana ia dianggap sebagai dokumen rasmi yang perlu diserahkan kepada pihak sekolah.
Perkara-perkara yang perlu ada dalam surat rasmi tersebut adalah seperti berikut:
- Nama
- Alamat – Pengirim dan penerima
- Tarikh
- Nama guru
- Nama dan alamat sekolah
- Tajuk: TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH (disebabkan kerana)
- Isi surat yang berkaitan
Ibu bapa digalakkan mengemukakan surat rasmi tidak hadir ke sekolah bagi pihak anak-anak mereka apa pun alasannya bagi mengelakkan kekeliruan dengan pihak sekolah. Tanpa surat rasmi, pihak sekolah mungkin salah anggap bahawa pelajar sengaja tidak hadir ke sekolah.
Contoh Surat Cuti Sekolah
Sebagai panduan, berikut adalah contoh untuk menulis surat rasmi yang boleh anda gunakan.
Contoh 1
Contoh 2
Surat rasmi ini tidak wajib tapi amat digalakkan untuk dikemukakan sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan sebarang salah faham dengan pihak guru kelas dan sekolah.