Hampir semua orang kini memiliki telefon pintar sendiri. Melalui telefon pintar, kita dapat menggunakan banyak aplikasi yang membantu kita menyelesaikan sesuatu masalah yang kita hadapi.
Saat ini, penggunaan Kod QR sudah menjadi hal yang sangat umum. Kita boleh melihatnya di banyak tempat, seperti saat masuk ke Web WhatsApp, Check-in MySejahtera, telegram, menu di restoran, pembayaran online, dan banyak lagi. Kod QR mempunyai banyak fungsi dan manfaat bagi kita dalam kehidupan sehari-hari.
Apa Itu QR Code ?
Kod QR atau yang dikenali sebagai QR Code merupakan singkatan kepada “Quick Response Codes”. Kod QR merupakan salah satu contoh bagaimana teknologi dapat membantu kita mendapatkan maklumat dengan mudah. Selain itu, Kod QR juga mempunyai kapasiti penyimpanan yang lebih besar daripada kod lain kerana ia mampu menyimpan pelbagai jenis data.
Cara Buat Kod QR Dengan Mudah
Di bawah ini adalah cara atau kaedah yang boleh anda gunakan untuk membuat kod QR dengan mudah.
Buat Kode QR Menggunakan Google Form
- Cipta sebuah e-mel, akaun Google baru, atau menggunakan akaun Google peribadi yang sedia ada.
- Setelah log masuk, klik pada Google Apps di bahagian atas sebelah kanan pada paparan utama google
- Pilih Google Drive
- Anda perlu klik pada butang New di bahagian kiri, dan kemudian pilih Google Form.
- Teruskan dengan memilih fail yang ingin dijadikan kod QR. Contoh, borang kehadiran atau borang kaji selidik
- Selesai mencipta borang, dapatkan link Google Form dengan menekan butang Send pada Dashboard Google Form dan klik Copy
- Seterusnya, nota atau salinan digital dokumen boleh dimuat naik ke Google Drive kemudian dapatkan link url kepada dokumen tersebut dan klik Copy
- Ikuti langkah di bawah untuk jana QR kod
Jana QR Code
Untuk menjana kod QR bagi pautan URL Google Form atau Google Drive yang diinginkan, sila cari aplikasi jana QR yang mudah dan selamat digunakan.
- Link url yang ingin dijana menjadi QR Code perlu dimasukkan.
- Klik Cipta atau Generate QR Code untuk mengekodekan link anda
- QR Code yang telah dicipta perlu dicetak dan dipaparkan kepada pengguna yang diinginkan.
Berikut adalah aplikasi yang boleh digunakan untuk menjana kod QR.