Cara Bayar Bil Elektrik Online SESB

Membayar bil elektrik merupakan salah satu aktiviti bulanan yang dilakukan oleh setiap pengguna elektrik dari SESB. Agar anda dapat terus menggunakan bekalan elektrik di rumah, adalah penting untuk anda membayar bil elektrik setiap bulan.

Dengan kemajuan teknologi yang terus berkembang, anda sekarang memiliki kemudahan dan kelajuan untuk membayar bil elektrik anda secara dalam talian dengan mudah dan cepat. Jika sebelum ini, anda membuat bayaran bil elektrik melalui kiosk dan pembayaran tunai di kaunter. Kini, anda tidak perlu lagi melakukan perkara tersebut.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan langkah demi langkah mengenai cara untuk semak dan membayar bil elektrik secara dalam talian yang boleh anda jadikan panduan.

Cara Bayar Bil Elektrik Online

Terdapat beberapa kaedah yang boleh anda gunakan untuk membayar bil elektrik SESB anda. Antaranya adalah:

1. Bayar Bil Elektrik SESB Guna Online Banking CIMB

  1. Buka laman web Cimbclicks di https://www.cimbclicks.com.my/
  2. Sila login dengan memasukkan Username dan Password anda
  3. klik bahagian Pay & Transfer.Seterusnya klik Pay Bills
  4. Dekat bahagian To. Taip – SABAH ELECTRICITY SDN BHD
  5. Untuk memasukkan nombor akaun bil yang tertera pada bil anda, ikuti langkah-langkah ini:
    • Masukkan dahulu nombor Kod Stesen, kemudian masukkan Nombor Akaun. Sebagai contoh : 312550189670
  6. Sila masukkan jumlah yang ingin anda bayar
  7. Sila pastikan bahawa maklumat yang anda masukkan adalah betul. Jika semuanya sudah tepat, klik pada “Make Payment” untuk menjalankan pembayaran

2. Bayar Bil Elektrik Online SESB

Berikut adalah merupakan cara untuk daftar akaun SESB secara online:

1. Daftar akaun SESB Online

  • Layari laman web SESB di https://www.sesb.com.my
  • Kemudian, pilih “Online Customer Service”
  • Klik pada  “create an account”
  • Isi maklumat yang diperlukan
  • Langkah seterusnya ialah membuka e-mel yang telah anda daftarkan untuk tujuan pengaktifan akaun SESB dalam talian anda

2. Bayar Bil SESB Online

  • Sila log masuk ke akaun SESB anda
  • Klik pada “Account”
  • Kemudian, anda akan melihat paparan jumlah bil yang perlu dibayar
  • Kemudian, pilih pada “click here to perform online payment”
  • Klik pada perbankan dalam talian anda dan lakukan pembayaran bil mengikut jumlah yang telah dipaparkan.

Leave a Comment