Pada masa kini, terdapat pelbagai cara pembayaran untuk pelbagai jenis bil. Anda mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran secara dalam talian atau luar talian. Salah satu contohnya adalah cara pembayaran bil Astro yang telah mengalami banyak perubahan berbanding zaman dahulu.
Oleh itu, anda kini boleh membayar bil Astro anda dengan JomPAY. Pernahkah anda menggunakan JomPAY untuk membuat pembayaran sebelum ini? Di sini kami akan kongsikan cara-caranya.
Apa Itu JomPAY ?
JomPAY merupakan satu inisiatif yang diperuntukkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memudahkan pembayaran bil kepada ratusan syarikat atau organisasi melalui perbankan dalam talian. Dengan JomPAY, anda dapat membayar pelbagai jenis bil seperti bil elektrik (Tenaga Nasional Berhad), bil air, bil telefon melalui Telekom Malaysia, dan banyak lagi.
Cara Bayar Bil Astro
Bagi langkah permulaan, pembayaran bil Astro melalui JomPAY memerlukan anda untuk mendapatkan kod biller terlebih dahulu. Kod biller ini boleh diperoleh sama ada secara dalam talian atau luar talian. Pastikan bahawa anda telah memahami kod biller dan rujukan ref-1. Maklumat ini terdapat di bahagian bawah kanan bil Astro anda.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh anda gunakan untuk membayar bil Astro anda. Antaranya adalah:
1. Bayar bil Astro guna JomPAY CIMB Clicks
- Buka laman web CIMB Clicks di https://www.cimbclicks.com.my/
- Klik pada login
- Di laman seterusnya, terdapat pilihan pada ruangan I want to; View My Dashboard, View My Accounts, Transfer Money, Pay Bills, JomPAY, dan Top Up. Pilih JomPay.
- Sila masukkan, User ID/username dan Password. Klik login
- Anda akan diarahkan secara automatik ke bahagian JomPAY. Anda perlu mengisi beberapa ruangan di sini.
- Pada ruangan Biller Code, masukkan biller code. Dan pada ruangan Ref-1, masukkan kod Ref-1 yang boleh didapati pada bil Astro.
- Dalam bahagian “From”, pada ruangan “Account”, sila pilih akaun bank yang ingin anda gunakan untuk pembayaran.
- Kemudian, tekan link Terms & Conditions untuk baca terma & syarat. Tekan butang yes.
- Di laman seterusnya, anda akan melihat maklumat pembayaran anda. Sila periksa semula maklumat tersebut.
- Jika tiada masalah atau kesilapan, anda perlu juga menekan butang “Request TAC” untuk mendapatkan kod TAC.
- Masukkan kod TAC yang diterima dan tekan butang Confirm.
- Pembayaran anda menggunakan JomPAY telah berjaya dilakukan.
2. Bayar bil Astro guna JomPAY Maybank2u
- Log masuk ke maybank2u
- Masukkan Username dan Password. Klik login
- Pilih menu Account & banking
- Pilih menu Bill Payment
- Kemudian, pilih Make a one-off payment
- Cari ASTRO
- Setelah itu, Masukkan account no dan klik pada continue
- Langkah seterusnya adalah seperti biasa, di mana sistem akan menghantar nombor TAC ke telefon anda. Sila periksa mesej di telefon anda dan masukkan nombor TAC tersebut, kemudian tekan “Submit”.
- Pembayaran anda menggunakan JomPAY telah berjaya. Klik pada butang “Print Receipt” untuk mencetak resit pembayaran.